
Kura-kura lebih banyak daripada populasi manusia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Victoria, Seychelles: Populasi kura-kura gergasi Aldabra yang pernah diancam kepupusan kini dianggarkan mencecah 180,000 ekor, menurut tinjauan terbaharu yang dilaporkan The Guardian. (Harian Metro, 12:15)
Read the reporting
1 report
Kura-kura lebih banyak daripada populasi manusia
Victoria, Seychelles: Populasi kura-kura gergasi Aldabra yang pernah diancam kepupusan kini dianggarkan mencecah 180,000 ekor, menurut tinjauan terbaharu yang dilaporkan The Guardian.
Kura-kura gergasi berkenaan hidup bebas di Atol Aldabra, sebuah pulau di Seychelles yang terletak di Lautan Hindi.
Tinjauan diketuai Yayasan Pulau Seychelles (SIF) dan Universiti Exeter menganggarkan hampir 180,000 ekor kura-kura gergasi dewasa dan separa dewasa mendiami kawasan berkenaan, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan bagi spesies tersebut serta jauh melebihi jumlah penduduk Seychelles.
Angka diperoleh selepas pasukan penyelidik menganalisis data pengiraan kura-kura selama lima tahun dari 2018 hingga 2022.
Ini juga merupakan kemas kini pertama sejak angka 100,000 ekor kura-kura yang sering dipetik sejak lewat tahun 1990-an.
Atol Aldabra ialah satu daripada hanya dua lokasi di dunia yang menjadi habitat kura-kura gergasi di habitat liar. Satu lagi populasi yang jauh lebih kecil terdapat di Kepulauan Galápagos.
Ketua Pegawai Eksekutif SIF, Dr Frauke Fleischer-Dogley berkata, populasi melebihi 180,000 ekor kura-kura gergasi liar itu membuktikan komitmen jangka panjang terhadap usaha pemuliharaan mampu membuahkan kejayaan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Ecology and Evolution itu turut mendapati populasi berkenaan kekal relatif stabil sepanjang tempoh kajian, sekali gus menyediakan data asas penting untuk memantau perubahan jumlah kura-kura gergasi pada masa hadapan.
Pada abad ke-19, kegiatan eksploitasi menyebabkan populasi kura-kura Aldabra di pulau berkenaan merosot kepada kurang daripada 1,000 ekor.
Namun, usaha pemulihan membuahkan hasil apabila kawasan itu diwartakan sebagai rizab alam semula jadi yang dilindungi ketat pada 1981 sebelum diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada 1982.
Penulis bersama kajian, Dr Nancy Bunbury berkata, penggunaan pemodelan untuk menganggarkan jumlah kura-kura yang tidak dapat dilihat selain yang berjaya dikesan menghasilkan data asas paling boleh dipercayai setakat ini bagi memantau populasi spesies ikonik itu untuk beberapa dekad akan datang.
Meskipun perkembangan itu menggembirakan, penyelidik menegaskan pemantauan berterusan amat penting berikutan ancaman perubahan iklim, kemarau panjang serta ancaman mamalia invasif seperti kucing liar dan tikus hitam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.