
Langkah penjagaan wajah untuk kawal kulit berminyak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KULIT wajah yang cepat berminyak, berkilat dan mempunyai liang pori yang kelihatan jelas bukan perkara asing. (Berita Harian, 10:50)
Read the reporting
1 report
Langkah penjagaan wajah untuk kawal kulit berminyak
KULIT wajah yang cepat berminyak, berkilat dan mempunyai liang pori yang kelihatan jelas bukan perkara asing.
Ia terutama dalam kalangan masyarakat yang tinggal di negara beriklim panas dan lembap seperti Malaysia.
Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Shaaira Nasir, berkata kulit berminyak adalah antara jenis kulit paling lazim di seluruh dunia terutamanya golongan remaja dan menjadi antara masalah yang kerap ditemui di klinik dermatologi.
Namun katanya, di sebalik lambakan produk penjagaan kulit yang menjanjikan pori lebih kecil dan kulit kurang berminyak, masih ramai yang keliru mengenai punca sebenar masalah berkenaan.
"Sebahagian besar masalah kulit berminyak dan saiz asas liang pori berkaitan dengan faktor genetik yang kita tidak boleh ubah," katanya pada sesi The Derm Chat: Oil, Pores and The Myths We Inherited baru-baru ini.
Selain genetik, beliau berkata cuaca panas dan kelembapan tinggi juga boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.
Katanya, keadaan itu menjadi lebih ketara apabila minyak pada wajah bercampur dengan habuk, pencemaran dan zarah mikro yang melekat pada kulit.
"Wajah yang lebih berkilat juga menyebabkan liang pori kelihatan lebih besar," katanya.
Bagaimanapun, katanya faktor hormon turut memainkan peranan dan kulit wanita misalnya, menjadi lebih berminyak atau jerawat mula muncul sebelum kitaran haid apabila berlaku perubahan hormon androgen yang merangsang penghasilan sebum.
Lelaki pula katanya, secara biologi cenderung mempunyai lebih banyak kelenjar sebum dan kulit yang lebih tebal, menyebabkan kulit mereka biasanya lebih berminyak.
"Namun, satu mitos paling biasa mengenai pori ialah kepercayaan bahawa liang pori boleh 'dibuka' dan 'ditutup' seperti pintu.
"Saiz asas liang pori sebenarnya tidak boleh dibuka atau ditutup dan banyak dipengaruhi genetik.
"Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan penampakan pori supaya ia kelihatan kurang ketara," katanya.
Faktor pemakanan, usia
Beliau berkata, faktor pemakanan juga tidak boleh diketepikan dan bukan sahaja makanan tidak sihat serta berminyak boleh dikaitkan dengan peningkatan minyak serta masalah jerawat.
Namun katanya, makanan tinggi gula, termasuk sesetengah makanan berproses dan makanan ringan, boleh menyebabkan lonjakan insulin.
"Peningkatan insulin seterusnya boleh mempengaruhi hormon yang merangsang pengeluaran minyak dan menyumbang kepada 'breakout'," katanya.
Dr Shaaira berkata, tidak dapat dinafikan faktor usia juga membawa satu lagi cabaran kerana apabila semakin meningkat usia, kehilangan kolagen dan elastin akibat proses penuaan serta pendedahan sinaran ultraviolet (UV) boleh mengurangkan sokongan struktur kulit.
"Akibatnya, liang pori boleh kelihatan semakin besar," katanya.
Jelasnya, apabila kulit terlalu berminyak, sebum boleh bercampur dengan sel kulit mati, habuk, pencemaran dan sisa krim pelindung matahari lalu terkumpul di dalam liang pori.
Katanya, keadaan itu boleh meregangkan dinding pori dan menjadikannya kelihatan lebih besar.
"Oleh itu pembersihan wajah yang sesuai penting bagi menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan kulit," katanya.
Beliau berkata, antara bahan aktif yang disarankan untuk membantu mengawal minyak ialah asid salisilik atau beta hydroxy acid (BHA).
Katanya, bahan berkenaan mempunyai sifat melarutkan minyak dan boleh meresap ke dalam liang pori untuk membantu menyingkirkan kotoran serta lebihan sebum.
"Selain itu, bahan Niacinamide atau vitamin B3 pula berfungsi melalui mekanisme berbeza dengan membantu mengawal pengeluaran minyak oleh kelenjar sebum.
"Malah, pendekatan teknologi supramolekul yang digunakan dalam sesetengah formulasi yang menggabungkan asid salisilik dan Niacinamide secara lebih stabil, membolehkan kedua-dua bahan itu berfungsi pada peranan masing-masing," katanya.
Bagaimanapun, Dr Shaaira berkata usaha mengawal minyak tidak bermakna kulit perlu dikeringkan sepenuhnya.
Katanya, terdapat mitos yang sering dipercayai ialah individu berkulit berminyak tidak memerlukan pelembap.
"Hidrasi dan kulit berminyak adalah dua perkara berbeza. Hidrasi lebih kepada air.
"Jika kulit tidak mendapat hidrasi mencukupi, keadaan itu boleh menyebabkan kulit menjadi rengsa dan seterusnya merangsang pengeluaran lebih banyak minyak," katanya.
Asas penjagaan wajah
Justeru katanya, bagi mereka yang berkulit berminyak, disaran menggunakan pelembap berasaskan air atau gel yang lebih ringan dan selesa digunakan.
Mengenai tabiat mencuci muka terlalu kerap boleh menyingkirkan masalah kulit berminyak, beliau berkata ia bukan penyelesaian.
Katanya, walaupun mencuci muka dapat menyingkirkan minyak buat sementara waktu, kulit masih memerlukan sedikit sebum semula jadi sebagai pelincir.
"Malah, ia juga sebahagian daripada fungsi perlindungan kulit bagi membantu mengurangkan kehilangan air," katanya.
Oleh itu katanya, selain penjagaan harian, sesetengah prosedur klinikal seperti rawatan laser boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan merangsang pembentukan kolagen, walaupun hasilnya tidak semestinya menghilangkan penampakan pori sepenuhnya.
Bagi mereka yang mahu memulakan rutin penjagaan kulit, Dr Shaaira menekankan tiga asas utama iaitu pembersih, pelembap dan pelindung matahari.
"Paling penting ialah konsistensi. Produk penjagaan kulit tidak seharusnya ditukar sesuka hati jika hasil tidak kelihatan selepas beberapa hari, kerana perlu beri masa secukupnya untuk bahan aktif bertindak," katanya.
Susulan itu katanya, krim pelindung matahari amat penting bukan sekadar untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV, tetapi juga membantu mengekalkan kolagen dan elastin yang menyokong struktur kulit.
Katanya, bagi mereka yang terdedah kepada matahari, krim pelindung matahari disarankan digunakan semula setiap dua hingga tiga jam.
"Krim pelembap pula boleh digunakan semula mengikut keperluan kulit, terutama bagi individu yang mempunyai kulit kombinasi dengan kawasan tertentu lebih berminyak dan bahagian lain lebih kering," katanya.
INFO:
Antara punca kulit berminyak;
* Genetik- Warisan keluarga yang mempunyai kelenjar minyak aktif.
* Hormon - Perubahan hormon semasa remaja, haid, atau tekanan (stres).
* Cuaca - Iklim panas dan lembap seperti di Malaysia merangsang lebihan minyak.
* Usia - Pada usia remaja produksi sebum akan meningkat akibat dipengaruhi hormon androgen. Tetapi semakin usia meningkat, hormon androgen berkurang dan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak berkurang.
* Salah produk - Penggunaan pencuci muka yang terlalu kasar atau merosakkan pelindung kulit.
* Diet pemakanan - Pemilihan makanan tidak sihat punca meningkatnya penghasilan minyak pada kulit.
* Stres - Apabila stres tubuh hormon cortisol terhasil dan menyebabkan kelenjar minyak lebih banyak menghasilkan sebum. Ini menyebabkan kulit berminyak.
Cegah kulit berminyak daripada menjadi lebih teruk:
- Kekalkan rutin penjagaan kulit yang konsisten dengan produk bebas minyak dan bukan komedogenik.
- Elakkan mencuci berlebihan atau menggunakan pembersih keras yang mencetuskan minyak semula jadi.
- Urus tekanan melalui senaman, tidur atau amalan kesedaran.
- Kekalkan diet seimbang dengan lebih sedikit makanan yang diproses dan tinggi glisemik.
- Dapatkan nasihat profesional lebih awal untuk mencegah parut jerawat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.