
Lebih 35 rumah rosak akibat ribut di daerah Larut, Matang dan Selama
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IPOH: Lebih 35 rumah dilaporkan terjejas akibat ribut yang berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah Larut, Matang dan Selama, hari ini. (Berita Harian, 21:08)
Read the reporting
1 report
Lebih 35 rumah rosak akibat ribut di daerah Larut, Matang dan Selama
IPOH: Lebih 35 rumah dilaporkan terjejas akibat ribut yang berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah Larut, Matang dan Selama, hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Larut, Matang dan Selama, Kapten (PA) Ahmad Fakhrur Razi Md Noor, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang melalui aduan yang dikemukakan oleh Pejabat Penghulu Mukim Matang.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada hujan lebat berserta angin kencang dan berlarutan selama kira-kira sejam bermula 3 petang.
"Cuaca buruk itu telah menyebabkan bumbung beberapa rumah penduduk diterbangkan angin, selain kejadian pokok tumbang di beberapa kampung sekitar Mukim Matang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ahmad Fakhrur berkata, sebanyak 12 anggota APM LMS dikerahkan ke lokasi terjejas bagi menjalankan pemantauan serta kerja pembersihan kawasan.
Beliau berkata, operasi berkenaan turut dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat dan teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
Mengulas tentang penduduk yang terjejas, beliau berkata, buat masa ini kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kita jangka jumlah mangsa kejadian ini akan meningkat dan mana-mana mangsa yang terjejas boleh terus ke PPS SK Matang untuk sebarang bantuan," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Larut, Matang dan Selama, Mohd Nasrul Menhat, dalam satu kenyataan memaklumkan PPS SK Matang dibuka pada jam 6.30 petang tadi susulan kejadian ribut.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.