
Lebih 9,600 akaun keldai diambil tindakan undang-undang setakat Disember tahun lalu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lebih 9,600 akaun keldai diambil tindakan undang-undang setakat Disember tahun lalu (Harian Metro, 12:01)
Read the reporting
1 report
Lebih 9,600 akaun keldai diambil tindakan undang-undang setakat Disember tahun lalu
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan meningkat sebanyak 149 peratus sejak Portal Fraud Kebangsaan (NFP) diperkenalkan pada April 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan sudah diambil terhadap lebih 9,600 akaun keldai setakat Disember tahun lalu.
Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memperkukuh kerjasama dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi NFP bagi mempercepatkan proses pengesanan dana yang dicuri, akaun keldai, serta perkongsian maklumat bersama agensi penguatkuasaan.
"Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memperkasakan keupayaan pengesanan dan pencegahan penipuan, selari dengan taktik sindiket jenayah kewangan yang sentiasa berubah," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa institusi yang melanggar peraturan boleh berdepan tindakan pendakwaan, kompaun, penalti kewangan pentadbiran, atau surat amaran, bergantung kepada tahap keseriusan ketidakpatuhan tersebut.
Kenyataan itu turut menyebut BNM mengenakan syarat kawal selia ke atas bank, bank digital dan pengendali dompet elektronik (e-wallet) bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak dieksploitasi untuk tujuan jenayah kewangan.
Selain itu, institusi kewangan diwajibkan mengenal pasti transaksi mencurigakan, melaporkan akaun yang disyaki sebagai akaun keldai, serta mengambil tindakan serta-merta bagi menyekat pemindahan dana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.