Malaysian Attention Engine
Live wire
55General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin54Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies47Bapa reda pemergian anak perempuan selepas disahkan tercekik44Business : BNM Launches Scripless Securities Depository System To Support Tokenised Bond, Sukuk Issuance43Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold43Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah42General : 'Saudi Visa Bio' App Being Continuously Improved For Pilgrims - Zulkifli42World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests40Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably39General : OTA: MOT To Hold Engagement Sessions With Express Bus Operators36T-Rex Dual Solar tawar hayat bateri sehingga 34 hari36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lelaki bincang dengan chatbox AI bagi lancar serangan bersenjata ditahan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 15:40 MYTLatest activity 20 Oct, 15:40BMconfidence 60%

What happened

SYDNEY: Seorang lelaki didakwa mengugut untuk lakukan serangan bersenjata di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, selepas membincangkan rancangannya menerusi interaksi dengan chatbot kecerdasan buatan (AI), Claude. (Berita Harian, 15:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Lelaki bincang dengan chatbox AI bagi lancar serangan bersenjata ditahan

20 Oct, 15:40 MYT

SYDNEY: Seorang lelaki didakwa mengugut untuk lakukan serangan bersenjata di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, selepas membincangkan rancangannya menerusi interaksi dengan chatbot kecerdasan buatan (AI), Claude.

Ditahan pagi kelmarin, David Lan Thackray, 29, didakwa atas kesalahan menggunakan perkhidmatan komunikasi untuk mengugut, mengganggu atau menyinggung perasaan.

Perbualannya dengan chatbot AI itu dikesan dan dilaporkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), lapor The Sydney Morning Herald semalam.

Thackray yang berkongsi rancangannya kepada Claude bahawa dia ada merancang untuk menembak beberapa kanak-kanak di sebuah pusat asuhan berhampiran kediamannya di Hurstville, selatan Sydney, direman semalam untuk menjalani penilaian kesihatan mental.

Ketika berinteraksi dengan Claude, Thackray turut memetik nama Naveed Akram, yang dituduh melepaskan tembakan bersama bapanya terhadap keluarga yang meraikan perayaan Yahudi Hanukkah di Pantai Bondi, Sydney, pada Disember 2025, sehingga mengorbankan 15 orang.

Bapa Naveed, Sajid Akram, ditembak mati polis di tempat kejadian, manakala anaknya kini dalam tahanan dan berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk 15 pertuduhan membunuh.

Menurut dokumen fakta polis yang dikemukakan kepada Mahkamah Tempatan Sutherland, Thackray didakwa memberitahu Claude bahawa dia akan pergi ke pusat beli-belah Westfield dan melakukan serangan tembakan di pusat jagaan kanak-kanak tempatan, lapor akhbar itu.

Pihak pendakwaan semalam berhujah supaya Thackray terus ditahan, dengan menyatakan pembebasannya berisiko membawa akibat malapetaka sekiranya dia melanggar syarat jaminan.

"Apa yang ingin dilakukannya ialah mula membunuh orang di Sydney, seperti yang dilakukan pengganas (yang didakwa) dalam serangan di Bondi.

"Kami sedang cuba memahami apa yang ada dalam fikirannya menerusi interaksinya dengan chatbot itu," kata pihak pendakwaan kepada mahkamah di selatan Sydney.

Bagaimanapun, peguam Thackray, Danilo Rajkovic, berhujah bahawa apa diperkatakan oleh anak guamnya tidak mempunyai asas yang kukuh.

Beliau juga mendakwa perbualan anak guamnya dengan Claude hanyalah luahan perasaan akibat tekanan, selepas dia cuba menggunakan chatbot berkenaan untuk merawat jangkitan telinga.

Tambah beliau, anak guamnya sedang mengikuti pengajian dalam bidang hubungan antarabangsa, tidak mempunyai rekod jenayah dan sudah menetap di Australia selama lebih 17 tahun.

Menurut The Sydney Morning Herald, Claude yang dibangunkan syarikat teknologi AI, Anthropic, dilatih untuk menolak permintaan yang membabitkan perancangan atau hasutan kepada keganasan.

Ia termasuk menolak permintaan data pengguna yang boleh dikongsi dengan agensi penguat kuasa undang-undang dalam keadaan kecemasan tertentu. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 15:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.