
Lelaki didakwa edar lebih 2kg dadah zombi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TAWAU: Seorang lelaki warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar lebih dua kilogram (kg) cecair dadah 'zombi' (Berita Harian, 13:48)
Read the reporting
1 report
Lelaki didakwa edar lebih 2kg dadah zombi
TAWAU: Seorang lelaki warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar lebih dua kilogram (kg) cecair dadah 'zombi'
Tertuduh, Abd Rahim Salleh, 37, hanya mengangguk dan mengaku faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kesalahan berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki warga Filipina itu didakwa mengedar dadah jenis Fentanyl seberat 2227.76 gram di kawasan berhampiran sebuah kilang di Lorong Anson dekat sini, kira-kira 2 petang 28 September lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan minimum
12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Jeffrey Kadisun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh memandangkan kes itu tidak boleh diikat jamin dan memohon satu tarikh sebutan baharu sementara menunggu keputusan laporan kimia.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.