
Lelaki robohkan rumah atas tanah mentua selepas bercerai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Seorang lelaki yang dikenali sebagai SJ nekad merobohkan rumah yang dibina dengan menggunakan jentera berat di Desa Sidoharjo, Kecamatan Jambon, Ponorogo, Jawa Timur selepas gagal mencapai kata sepakat berhubung ganti rugi pembinaan kediaman tersebut, lapor saluran berita Kompas. (Kosmo!, 17:30)
Read the reporting
1 report
Lelaki robohkan rumah atas tanah mentua selepas bercerai
JAKARTA – Seorang lelaki yang dikenali sebagai SJ nekad merobohkan rumah yang dibina dengan menggunakan jentera berat di Desa Sidoharjo, Kecamatan Jambon, Ponorogo, Jawa Timur selepas gagal mencapai kata sepakat berhubung ganti rugi pembinaan kediaman tersebut, lapor saluran berita Kompas.
Rumah tersebut dibina menggunakan hasil titik peluhnya yang merantau bekerja di Malaysia sejak 2023.
Kediaman yang bernilai Rp 250 juta (RM56,000) dirobohkan selepas selepas konflik rumah tangganya bersama isteri yang dikenali sebagai, PL, berakhiran dengan perceraian.
Difahamkan, kediaman tersebut dibina di atas tanah milik keluarga PL.
Ketua Polis Sektor Jambon, AKP Sarwoto berkata, krisis rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus sekitar Ogos lalu sebelum berlarutan hingga membawa kepada keretakan perkahwinan dan proses perceraian.
“Di tengah-tengah proses perceraian, timbul isu ganti rugi pembinaan rumah. SJ meminta ganti rugi sebanyak Rp 100 juta (RM22,000) daripada pihak isteri.
“Namun, pihak wanita enggan membayar jumlah tersebut. Memandangkan tanah itu milik keluarga isteri manakala kos pembinaan ditanggung suami, kegagalan mencapai kata sepakat menyebabkan SJ bertindak merobohkan rumah berkenaan,” katanya.
Tambah Sarwoto, usaha rundingan yang dijalankan oleh wakil penduduk setempat turut menemui jalan buntu. – AGENSI
The post Lelaki robohkan rumah atas tanah mentua selepas bercerai appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.