Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin39Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu36Bayern berdepan Arsenal tanpa Olise35Uefa seeks answers from Fifa over Infantino presidency, say reports34Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC34UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports34Petronas - PETRONAS and Petrovietnam Strengthen...34Rogol OKU: 4 suspek Rohingya sudah didakwa kesalahan imigresen, siasatan kes rogol masih berjalan - Polis34General : Teacher Training Key To Effective Anti-Bullying Response - Fadhlina31Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat30Yalcin ganti Montella kendali Turkiye30World : Malaysia-Thailand Defence Ties Key To Border Security, Regional Stability – Wan Zaidi
NewConfirmedupdated 1 h ago

Lepas tamat konsert ini, saya nak fokus bidang pertanian – Ella

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 22:23 MYTLatest activity 20 Oct, 22:23BMconfidence 80%

What happened

Lepas tamat konsert ini, saya nak fokus bidang pertanian – Ella (Google News Malaysia (BM), 22:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Lepas tamat konsert ini, saya nak fokus bidang pertanian – Ella

By HELMI ANUAR · 20 Oct, 22:23 MYT

SUBANG – Ratu rock, Ella Aminuddin bakal mengadakan konsert keempat dan terakhirnya untuk tahun ini iaitu Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup pada 5 Disember depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 60, konsert itu adalah hadiah dan penghargaannya kepada peminat selepas memenangi Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-25 baru-baru ini.

“Sebelum ini saya sudah berikan 51 penganugerahan kepada mereka yang pernah terlibat dalam perjalanan kerjaya saya termasuklah komposer, rakan artis, syarikat rakaman dan teman media.

“Dan kini saya mahu berikan penghargaan kepada peminat pula menerusi konsert istimewa ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut, di sini, hari ini.

Tambah Ella lagi, persembahan itu bakal menjadi konsert terakhirnya sebelum dia berehat panjang.

“Lepas tamat konsert ini saya nak rehat. Nak pergi bercuti. Lepas dah ‘fresh’ balik, baru boleh fikir.

“Mungkin saya akan berehat daripada aktiviti seni sekejap dan fokuskan kepada bidang lain seperti pertanian dan bisnes,” jelasnya.

Sementara itu, bagi penganjur konsert iaitu Rohit Rampal dari Hitman Solution, idea untuk menganjurkan konsert ini tercetus minggu lalu selepas majlis apresiasi Ella kepada 51 individu yang membantu kerjaya.

“Semuanya berlaku secara pantas. Ella meluahkan hasrat untuk melakukan konsert sebagai penutup tirai Majlis Tertinggi Rock Queen.

“Kami hubungi pihak Perbadanan Stadium Malaysia, dan mereka beritahu ada tarikh kosong pada 5 Disember,” kongsinya.

Istimewa untuk konsert kali ini, Ella sekali lagi mengundang Datuk Ziana Zain sebagai penyanyi undangan selepas persembahan mereka berdua di Pulau Pinang mendapat sambutan hangat.

Turut mencipta kejutan kali ini adalah pemilihan Yuna sebagai salah seorang penyanyi jemputan.

“Saya memang sudah lama mengenali Yuna. Waktu Yuna kahwin dulu, saya pergi ke majlis perkahwinannya. Kami juga tinggal berdekatan. Maka disebabkan itu saya memilihnya.

“Saya kembali mengundang Ziana kerana saya mahu peminat di Kuala Lumpur merasai pengalaman hebat seperti yang dilalui penonton di Pulau Pinang,” ujarnya.

Tahun ini, Ella memulakan siri Konsert Majlis Tertinggi Rock Queen di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Februari. Kemudian dibawa ke Singapura pada Mei dan yang terbaharu di Pulau Pinang pada Ogos.

Tiket untuk konsert Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup akan mula dijual bermula 22 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

The post Lepas tamat konsert ini, saya nak fokus bidang pertanian – Ella appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow23:00
Latest 23:02 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
20 Oct, 22:23 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    22:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.