Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

LFL dedah Noorizwan alami 21 kecederaan parah termasuk pendarahan otak, desak KPN dan kerajaan beri penjelasan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:20 MYTLatest activity 14 Oct, 12:20BMconfidence 60%

What happened

LFL dedah Noorizwan alami 21 kecederaan parah termasuk pendarahan otak, desak KPN dan kerajaan beri penjelasan (Harian Metro, 12:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

LFL dedah Noorizwan alami 21 kecederaan parah termasuk pendarahan otak, desak KPN dan kerajaan beri penjelasan

By Safeek Affendy Razali · 14 Oct, 12:20 MYT

safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peguam yang mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Oktober lalu, mendesak Ketua Polis Negara dan Kerajaan berhenti membisu serta memberikan penjelasan berhubung kecederaan parah yang dialami mangsa sebelum kematiannya.

Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Rania Aljunied berkata, desakan itu dibuat susulan pendedahan pakar patologi forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengenai hasil pemeriksaan bedah siasat terhadap lelaki berusia 42 tahun itu.

Noorizwan dilaporkan berada dalam tahanan polis selama 11 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.

Kematian itu kini menjadi perhatian keluarga dan peguam yang mewakili mereka susulan penemuan pelbagai kecederaan pada tubuh mangsa, selain persoalan dibangkitkan berhubung perkembangan siasatan serta tindakan terhadap pihak yang mungkin bertanggungjawab.

Rania berkata, keluarga bersama peguam mereka menerima penerangan terperinci mengenai hasil bedah siasat pada 12 Oktober lalu, termasuk gambar kecederaan yang dialami mangsa.

Menurutnya, Noorizwan mengalami 21 kecederaan pada beberapa bahagian badan, antaranya bengkak teruk pada kepala, mata, telinga, dada, bahu, lengan, pinggul, paha, lutut serta kedua-dua belah kaki.

Kecederaan lain yang dikenal pasti termasuk luka koyakan pada mata, telinga, pergelangan tangan, kedua-dua belah lutut dan kaki, selain pendarahan menyeluruh dalam otak serta pendarahan dalaman di kawasan usus.

Rania berkata, bahagian badan yang mengalami bengkak teruk turut menunjukkan pendarahan di bawah kulit apabila kulit disingkap ketika prosedur bedah siasat, yang menurut kenyataan itu menunjukkan mangsa mengalami pukulan teruk.

Beliau berkata, pakar patologi forensik memaklumkan kepada keluarga dan peguam bahawa punca kematian Noorizwan adalah trauma tumpul di bahagian kepala (blunt force trauma to the head).

Pihak peguam mendakwa kecederaan berkenaan menunjukkan mangsa mengalami pukulan pada beberapa bahagian badan dalam tempoh beberapa hari sehingga membawa kepada kematiannya.

Mereka turut menyifatkan kes itu sebagai antara kes kematian dalam tahanan polis paling serius sejak kes Kugan pada 2009.

Rania berkata, keluarga Noorizwan turut mendakwa tidak menerima perkembangan terkini mengenai status siasatan, manakala permintaan mereka bersama peguam untuk mendapatkan maklumat daripada pegawai penyiasat Bukit Aman ditolak.

Sehubungan itu, pihak peguam mendesak Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan segera serta memastikan siasatan dijalankan secara telus bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Mereka turut mempersoalkan sama ada mana-mana pegawai polis sudah ditahan, digantung tugas atau didakwa, selain menggesa Peguam Negara mempertimbangkan pengklasifikasian kes itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:00
Latest 14:27 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 12:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.