Malaysian Attention Engine
Live wire
72Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok55Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled44General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli44World : Haze: Malaysia, Indonesia Discuss Joint Solutions43Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewConfirmedupdated 1 h ago

Lidah Pasir Pulau Kuraman terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:48 MYTLatest activity 11 Oct, 15:03BMconfidence 79%

What happened

LABUAN - Beting pasir di Pulau Kuraman, Labuan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai beting pasir terpanjang di Malaysia dengan ukuran sepanjang 808.4 meter.Dikenali sebagai Lidah Pasir dalam kalangan penduduk tempatan, kawasan itu turut diiktiraf sebagai beting pasir terdedah sepanjang 790.4 meter.Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmin Mohd Zain berkata, pengiktirafan itu membuka peluang kepada kawasan berkenaan untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancongan baharu di pulau itu."JWP merancang untuk membangunkan pulau ini bersama Perbadanan Labuan men (Sinar Harian, 13:48)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Beting pasir Pulau Kuraman diiktiraf terpanjang di Malaysia

By MAISARAH SHEIKH RAHIM · 11 Oct, 15:03 MYT

LABUAN: Beting pasir di Pulau Kuraman, Labuan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai beting pasir terpanjang di Malaysia dengan ukuran sepanjang 808.4 meter.

Pengiktirafan itu turut melibatkan beting pasir terdedah atau tidak pernah tenggelam sepanjang 790.4 meter, sekali gus membuka peluang kepada kawasan berkenaan untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancongan baharu di pulau itu.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, Pulau Kuraman yang berkeluasan 363 ekar merupakan antara 11 geopark di Labuan dan dianggarkan berusia 35 juta tahun.

Katanya, kawasan pulau itu juga berpotensi menarik lebih ramai pengunjung, khususnya pelancong yang mengunjungi Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil yang turut mempunyai pengusaha chalet.

“Kita merancang bersama Perbadanan Labuan membangunkan kawasan ini menerusi konsep pelancongan berasaskan komuniti (community-based tourism) dengan melibatkan penduduk kampung dalam usaha memelihara keindahan semula jadinya,” katanya ketika ditemui selepas aktiviti gotong rotong sempena program Bersih Setiap Tempat (Best) di Pulau Kuraman, di sini hari ini.

Sijil pengiktirafan MBOR itu disampaikan oleh Ketua Rekod dan Penyelidikan MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh kepada Perbadanan Labuan.

Muhammad Azmi berkata, pihaknya memberikan tempoh sebulan kepada Perbadanan Labuan untuk memulakan kerja-kerja pembangunan dengan kerjasama 27 kampung di sekitar Labuan.

Katanya, penduduk kampung akan dilibatkan secara langsung dalam pembangunan kawasan itu, termasuk cadangan menyediakan gazebo untuk kemudahan pengunjung beristirahat dan menjalankan aktiviti.

“Kalau kita tengok tadi, kayu-kayu itu kita boleh guna sebagai bangku. Kita tak nak ada struktur yang besar yang merosakkan keindahan beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan beting pasir itu sebelum ini tidak berada di bawah kawalan mana-mana pihak, namun kini telah diluluskan untuk diletakkan di bawah kawalan Perbadanan Labuan.

Katanya, langkah itu membolehkan tanggungjawab menjaga dan memelihara kawasan berkenaan dilaksanakan secara lebih tersusun.

Dalam program gotong-royong itu, lebih 360 kilogram sampah berjaya dikutip menerusi penglibatan kira-kira 150 peserta termasuk wakil universiti.

Sampah yang dikutip tertumpu kepada plastik dan bahan buangan lain yang sukar dilupuskan bagi memastikan kebersihan serta keindahan kawasan berkenaan terus terpelihara.- UTUSAN

The post Beting pasir Pulau Kuraman diiktiraf terpanjang di Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33first news pick-upNEWnow15:0016:00
Latest 16:01 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Sinar Harian (News)
11 Oct, 13:48 MYT
Origin confidence 90% · 75 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    13:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Lidah Pasir Pulau Kuraman terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records · Malaysian Attention Engine