Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewConfirmedupdated 3 h ago

Lima beranak tidak perlu berhimpit dalam pondok uzur

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 11:04 MYTLatest activity 14 Oct, 11:09BMconfidence 80%

What happened

GUA MUSANG: Impian seorang suri rumah untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri yang lebih selesa, akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Tahun 2026. (Berita Harian, 11:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Lima beranak tidak perlu berhimpit dalam pondok uzur

By Paya Linda Yahya · 14 Oct, 11:04 MYT

GUA MUSANG: Impian seorang suri rumah untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri yang lebih selesa, akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Tahun 2026.

Rumah yang berharga RM79,000 dilengkapi dengan tiga bilik dan tandas itu dilaksanakan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Kisah kedaifan dan keuzuran rumah milik, Nurul Mazlina Mohd Nor, 32, yang tinggal bersama suami, Mohd Sahru Azman, 38 dan tiga anak yang kini berusia sembilan bulan lima hingga lapan tahun itu pernah tular pada Januari tahun ini.

Nurul Mazlina berkata, dia sangat bersyukur dan terharu apabila akhirnya dapat tinggal di rumah sendiri yang lebih selesa.

Beliau berkata, rumah terbabit sudah siap sepenuhnya pada Julai lalu namun perlu melalui proses memasukkan bekalan elektrik dan air.

"Alhamdulillah, akhirnya selepas lima tahun menyimpan hasrat untuk memiliki dan tinggal di rumah sendiri yang lebih selesa, impian itu tercapai juga.

"Insha-Allah pada Jumaat ini kami akan berpindah. Kami teruja dan gembira terutama anak-anak yang tidak lagi perlu berhimpit untuk tidur di ruang tamu kerana rumah sebelum ini hanya pondok kecil," katanya ketika ditemui di Kampung Lepan Jaya, di sini.

Sebelum ini kisah lima beranak ini pernah tular apabila tinggal rumah kecil tanpa bilik dan ruang dapur selain diperbuat daripada kayu serta zink terpakai yang semakin reput.

Nurul Mazlina berkata, dia dan keluarganya sangat berterima kasih kepada KESEDAR yang cepat bertindak dan menyiapkan rumah terbabit.

"Selain KESEDAR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim juga banyak membantu dalam mempermudahkan urusan pembinaan rumah ini.

"Rumah ini sangat besar maknanya kepada kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Syahbuddin berkata, beliau dimaklumkan pada tahun ini terdapat 21 projek pembinaan rumah baharu dan 154 baik pulih rumah di bawah kawasan KESEDAR.

"Terima kasih kepada KESEDAR dan saya percaya setiap agensi kerajaan akan sentiasa komited melaksanakan tugas dalam membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 11:56 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 11:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.