
Logistics subsidies keep essentials affordable in Sabah, S’wak, say economists
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Economists say transport subsidies help reduce the cost of supplying essential goods, but want the government to ensure the savings reach consumers. (Bernama pic) PETALING JAYA: Logistics subsidies are crucial to keeping essential goods affordable for residents in the interior areas of Sabah and Sarawak, where transport and distribution costs are high, economists say. (Free Malaysia Today, 07:00)
Read the reporting
1 report
Subsidi logistik bantu barang asas kekal mampu dibeli di Sabah, Sarawak
Ahli ekonomi berkata subsidi pengangkutan membantu mengurangkan kos bekalan barangan asas, tetapi penjimatan itu perlu sampai kepada pengguna. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Subsidi logistik penting bagi memastikan barangan asas kekal mampu dibeli penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak yang berdepan kos pengangkutan dan pengedaran tinggi, kata ahli ekonomi.
Ahli ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Firdausi Suffian berkata cabaran geografi serta jaringan pengangkutan yang terhad menyebabkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman lebih sukar dan mahal.
“Apabila kita membawa masuk barangan dari Semenanjung, ada kos perkapalan, pengendalian dan pengangkutan, ditambah pula kos logistik untuk menghantarnya ke pedalaman.
“Semua kos ini akhirnya menaikkan harga barangan,” katanya kepada FMT.
Firdausi Suffian. Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi memperluas pengedaran barangan asas ke kawasan desa dan pedalaman.
Peluasan itu melibatkan enam lokasi baharu, termasuk Kampung Terian di Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam di Pusa, Sarawak.
Program Pengedaran Barang Perlu turut menerima peruntukan RM250 juta pada 2026. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini mengenal pasti 1,570 lokasi jualan di bawah program berkenaan dengan 1,480 di Sabah dan Sarawak.
Firdausi berkata bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkatkan kuasa beli isi rumah, manakala subsidi logistik membantu mengurangkan kos membekalkan barangan.
Katanya, pengurangan kos pengangkutan dan pengedaran dapat mengelakkan beban itu dipindahkan kepada pengguna, sekali gus melengkapi usaha kerajaan menangani tekanan kos sara hidup.
Bagaimanapun, beliau berkata pengekalan peruntukan RM250 juta ketika liputan program diperluas ke enam lokasi baharu menimbulkan persoalan sama ada jumlah itu mencukupi.
Pada masa sama, Firdausi menekankan keperluan memperbaiki jalan raya dan jaringan pengangkutan bagi memudahkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman.
“Subsidi seperti ini tidak sepatutnya menjadi pengganti kekal kepada infrastruktur dan hubungan pengangkutan yang lebih baik,” katanya.
Menurutnya, usaha merapatkan jurang infrastruktur dalam jangka panjang boleh mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi pengedaran, sekali gus membolehkan lebih banyak dana disalurkan kepada bentuk bantuan sosial lain.
Pastikan penjimatan sampai kepada pengguna
Tan Peck Leong dari UiTM pula menekankan keberkesanan program itu perlu dinilai berdasarkan harga dan ketersediaan bekalan di kawasan sasaran, bukan jumlah peruntukan semata-mata.
Tan Peck Leong. “Tidak banyak gunanya kerajaan menanggung subsidi pengangkutan jika penjimatan itu tidak disalurkan kepada pengguna,” katanya.
Tan berkata subsidi logistik turut melengkapi STR dan SARA kerana ia membantu mengekang harga barangan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk yang tidak layak menerima bantuan tunai secara langsung.
Beliau mencadangkan KPDN menerbitkan perbandingan harga sebelum dan selepas pelaksanaan program, selain memastikan bekalan mencukupi dan peniaga mematuhi harga yang diluluskan.
Katanya, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan peruncit, pemborong, koperasi dan kedai kampung bagi memanfaatkan rangkaian pengedaran sedia ada.
“Penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya membayar jauh lebih mahal untuk keperluan asas hanya kerana tempat tinggal mereka,” katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today07:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.