
LTAT akan terus selaraskan strategi pelaburan dengan keutamaan negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Peruntukan sebanyak RM22 bilion kepada Kementerian (Kosmo!, 22:29)
Read the reporting
1 report
LTAT akan terus selaraskan strategi pelaburan dengan keutamaan negara
PETALING JAYA – Peruntukan sebanyak RM22 bilion kepada Kementerian
Pertahanan (MINDEF) menegaskan kepentingan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan
negara, memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memelihara
keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara dalam jangka panjang.
Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi berkata, sebagai institusi penting dalam ekosistem pertahanan negara, pihaknya menghargai keutamaan berterusan yang diberikan oleh kerajaan terhadap sektor pertahanan.
Pihaknya komited untuk menterjemahkan keutamaan negara ini kepada hasil yang bermakna melalui pelaburan berdisiplin, kerjasama strategik dan penciptaan nilai yang mampan demi kepentingan pencarum.
“Ekosistem pertahanan negara yang kukuh merupakan asas penting dalam mempertahankan kedaulatan serta memelihara keamanan dan kestabilan yang menjadi tunjang kemakmuran Malaysia.
“LTAT menyambut baik komitmen berterusan kerajaan terhadap perbelanjaan pertahanan, yang
mencerminkan kepentingan, memastikan kesiapsiagaan ATM sentiasa terpelihara, di
samping membangunkan keupayaan domestik bagi memperkukuh keselamatan negara.
“Melalui pelan strategik lima tahun GEMPUR30, LTAT akan terus menyelaraskan strategi
pelaburannya dengan keutamaan negara, termasuk memperkukuh sektor pertahanan dan
farmaseutikal.
“Kedua-dua sektor ini penting kepada keselamatan negara, daya tahan sistem
kesihatan dan keupayaan ekonomi Malaysia. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan
modal yang diamanahkan oleh pencarum diuruskan secara bertanggungjawab bagi menjana
pulangan mampan, di samping menyumbang kepada kekuatan negara untuk jangka panjang,”
katanya dalam kenyataan.
Selain itu, LTAT turut menyambut baik usaha kerajaan untuk menggerakkan pelaburan domestik
menerusi inisiatif GEAR-uP, termasuk agenda pelaburan domestik berjumlah RM25 bilion.
Pendekatan itu akan memperkukuh peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)
sebagai rakan strategik dalam memacu transformasi ekonomi, membangunkan sektor
pertumbuhan tinggi dan menjana nilai ekonomi yang mampan.
“GEAR-uP menyediakan platform penting untuk GLIC bekerjasama dengan Kerajaan dan rakan sektor swasta dalam menggerakkan modal bagi menyokong fasa pertumbuhan Malaysia yang seterusnya.
“LTAT bersedia memainkan peranan dalam usaha kolektif ini dengan mengimbangi tanggungjawab melindungi kepentingan pencarum dan peluang untuk menyertai pelaburan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
The post LTAT akan terus selaraskan strategi pelaburan dengan keutamaan negara appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!22:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.