Malaysian Attention Engine
Live wire
51KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK42Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis37Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre35General : MSM Sugar Refinery Lease In Prai To Continue For 15 Years34Lazio crush Juventus to move level with Serie A leaders Inter34Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 201634Animal welfare group urges probe into alleged sexual abuse of cat in viral video34DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma34General : 227 Kampung Manis Families To Receive Replacement Homes Under RMKu34PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Mahkamah minggu ini: Rayuan Rosmah, kes guna logo PN antara tumpuan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 07:20 MYTLatest activity 19 Oct, 07:20BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion serta permohonan semakan kehakiman Perikatan Nasional (PN) berhubung penggunaan logonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara prosiding yang menjadi perhatian minggu ini. (Berita Harian, 07:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Mahkamah minggu ini: Rayuan Rosmah, kes guna logo PN antara tumpuan

By Mahani Ishak · 19 Oct, 07:20 MYT

KUALA LUMPUR: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion serta permohonan semakan kehakiman Perikatan Nasional (PN) berhubung penggunaan logonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara prosiding yang menjadi perhatian minggu ini.

Bagi kes isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini hingga 23 Oktober ini bagi mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman disabitkan ke atasnya.

Pada 19 September lalu, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azahari Kamal Ramli membenarkan Rosmah mengemuka bukti tambahan membabitkan saksi pendakwaan ke-16, Rayyan Radzwill Abdullah, ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah sebelum itu menetapkan 4 hingga 16 Oktober lalu dan 19 hingga 23 Oktober untuk mendengar rayuan Rosmah.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan semakan kehakiman PN pada 22 Oktober ini, kira-kira sembilan hari sebelum penamaan calon.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara itu pada sidang media di Parlimen minggu lalu.

Sehingga kini, PN masih belum dapat memuktamadkan sama ada gabungan itu boleh menggunakan logo sendiri pada PRN Melaka berikutan isu perundangan yang masih dalam pertimbangan mahkamah.

Selain itu, hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan komital terhadap J Vikneshvra Rau berhubung dakwaan kegagalannya mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar.

Prosiding itu membabitkan usahawan fesyen, Christy Ng dan syarikatnya, Christy Ng Sdn Bhd, selaku plaintif.

Kes berkenaan kembali ke mahkamah susulan dakwaan defendan gagal menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat sepanjang satu halaman dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris seperti diarahkan mahkamah.

Menurut kenyataan media Tetuan Foong Cheng Leong & Co, kes itu berpunca daripada kenyataan diterbitkan Vikneshvra menerusi akaun Threads miliknya, archnionverse pada 4 November 2025.

Seterusnya, Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini dijadual mengadakan sebutan semula kes membabitkan bekas pengurus projek pembinaan, Mohamad Hashim Mukhatap, yang didakwa melakukan pecah amanah wang kutipan penalti berjumlah RM14,000 daripada kontraktor.

Pada 15 September lalu, Mohamad Hashim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang hasil kutipan penalti daripada syarikat Kelpile Sdn Bhd bagi projek bangunan komersial milik Tabung Haji antara November 2017 dan Ogos 2018.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Projek Pembinaan TH Properties, Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow08:00
Latest 08:10 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 07:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.