
Mahkamah tolak rayuan 21 kontraktor berhubung penahanan salah, pendakwaan niat jahat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Choo Kah Sing, Evrol Mariette Peters dan Nadzarin Wok Nordin, tolak rayuan 21 kontraktor atas alasan ia tiada merit. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman 21 kontraktor terhadap peguam negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga lagi berhubung dakwaan penahanan salah serta pendakwaan berniat jahat. (Free Malaysia Today, 21:06)
Read the reporting
1 report
Mahkamah tolak rayuan 21 kontraktor berhubung penahanan salah, pendakwaan niat jahat
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Choo Kah Sing, Evrol Mariette Peters dan Nadzarin Wok Nordin, tolak rayuan 21 kontraktor atas alasan ia tiada merit. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman 21 kontraktor terhadap peguam negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga lagi berhubung dakwaan penahanan salah serta pendakwaan berniat jahat.
Panel tiga hakim terdiri daripada Choo Kah Sing, Evrol Mariette Peters dan Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tersebut atas alasan ia tidak mempunyai merit.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Choo berkata, aduan perayu bahawa mereka telah dipenjarakan secara paksa dari 16 Nov hingga 17 Nov 2014 dan tidak ditahan di tempat yang diwartakan bagi tujuan penahanan mengikut lunas undang-undang adalah tidak berasas.
“Berhubung isu pendakwaan berniat jahat, mahkamah ini mendapati hakikat bahawa perayu didapati tidak dipertanggungjawabkan pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen tidak boleh disamakan dengan pendakwaan berniat jahat.
“Bukti lemah dalam pendakwaan yang tidak berkualiti bukanlah pendakwaan berniat jahat,” katanya.
Hakim itu juga berkata, para perayu telah didakwa berdasarkan laporan bebas yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Tambahnya, walaupun pihak pendakwaan mungkin tersalah memahami fakta atau tersilap menilai kekuatan bukti, perkara itu tidak bermakna tiada sebab yang munasabah untuk mendakwa kesemua perayu.
Choo juga berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat dengan memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang difailkan oleh para perayu berhubung dakwaan pemenjaraan salah telah luput tempoh masa.
Para perayu, terdiri daripada Razali Dollah; Zakaria Jusoh; Rahim Mohamad; Shariman Azam Shafie; Zamri Abdul Mana; Che Forzi Che Abd Aziz; Abdul Rahim Awang; Mohamad Nizam Wahit; Enche Baharuddin Enche Endut; Salim Berahim; Ahmad Atma Ali@Yusof; Abdullah Embong; Othman Omar; Mohd Ramadhan Baharudin; Mohd Amir Ismadi Md Ghani; Mohd Zaid Ahmad@Mat; Mohamad Sari Ngah; Abdul Rashid Muda; Yusof Omar; Fakru Prazi Nordin; dan Shahairi Abd Wahab, telah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek membaik pulih rumah nelayan pada 2014.
Mereka kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu sebelum dibebaskan dengan jaminan pada 17 Nov 2014.
Perbicaraan kes itu diteruskan dan pada 31 Julai 2017, Mahkamah Sesyen telah membebaskan mereka di akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan sebelum menggugurkannya pada 22 Feb 2019.
Hampir tujuh tahun selepas ditahan, para perayu memfailkan saman dan menamakan peguam negara, ketua pesuruhjaya SPRM, SPRM, kerajaan Malaysia serta seorang pegawai agensi antirasuah itu.
Antara lain, mereka menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM1 juta bagi setiap orang serta ganti rugi teladan berjumlah RM10 juta bagi kesemua perayu.
Pada 8 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman kesemua perayu.
Pada prosiding hari ini, Mohammad Rafaei Adnan dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam mewakili kesemua perayu manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin serta Peguam Persekutuan Ahmad Faiz Abd Raoff hadir bagi pihak SPRM dan kerajaan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today21:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.