Malaysian Attention Engine
Live wire
57Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards47General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents43Business : MBSB And HDC Collaborate To Connect Malaysian Halal SMEs To Global Buyers40General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi40Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching39E. Timor shuts schools over Indonesia haze39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN36Exploding Content 2026 tampil dengan konsep REVchella
NewConfirmedupdated 59 min ago

RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri antara agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
47
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 18:43 MYTLatest activity 15 Oct, 19:07BMconfidence 89%

What happened

Mesyuarat dua hari itu, yang bermula semalam di Istana Negara, dipengerusikan oleh Sultan Perak manakala Yang di-Pertuan Agong hadir pada hari kedua dengan diiringi perdana menteri.… (Malaysiakini (BM), 18:43)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri antara agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja

By Nurul Husna Mahmud · 15 Oct, 18:43 MYT

nurul_husna@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 menjadi antara agenda utama yang menarik perhatian dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 di Istana Negara, di sini.

Mesyuarat berprestij selama dua hari itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain tempoh jawatan Perdana Menteri, persidangan berkenaan turut memberi tumpuan kepada pelbagai pembaharuan perundangan penting demi memperkasakan tadbir urus negara.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, antara usul perundangan lain yang dibincangkan termasuk RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta cadangan pelantikan Hakim Mahkamah Khas.

"Mesyuarat turut memberi perhatian serius terhadap aspek perlindungan kanak-kanak menerusi cadangan Pindaan Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], di samping memperkasakan bidang akademik melalui pelantikan penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, penetapan tarikh-tarikh Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tahun 2027 turut dimuktamadkan sepanjang persidangan itu.

Dalam isu pentadbiran agama Islam di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), ahli majlis disembahkan Kertas Sembah Maklum mengenai Peluasan Skop Pengauditan Kumpulan Wang Zakat bagi memastikan ketelusan pengurusan kewangan Islam sentiasa terjamin.

Persidangan pada hari pertama dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu serta Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Turut berangkat hadir mewakili negeri masing-masing ialah Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj.

Pada hari kedua pula, Yang di-Pertuan Agong berangkat hadir dengan diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gagasan persidangan kali ini turut diperkemaskan dengan beberapa sesi taklimat khas berkaitan hala tuju dan kedaulatan negara.

"Ahli Majlis disembahkan taklimat berhubung keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, manakala aspek pertahanan negara disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

"Selain itu, Ahli Majlis turut menerima pembentangan berhubung perkembangan terkini ekonomi negara daripada Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir," kata kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 48NEWnow19:00
Latest 19:39 MYT
47New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Malaysiakini (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Malaysiakini (BM) (News)
15 Oct, 18:43 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Malaysiakini (BM)
    18:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Malaysiakini (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.