Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 1 h ago

Ahli Parlimen Rompin gesa kerajaan kaji semula projek lapangan terbang Tioman

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
29
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 15 Oct, 17:19 MYTLatest activity 15 Oct, 18:51MixedBMconfidence 80%

What happened

Kerajaan tiga tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu kerana projek itu berpotensi memberikan impak negatif kepada kualiti alam sekitar. (Gambar tioman.org) KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbangkan semula projek pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman bagi mengatasi masalah akses pengangkutan lebih 3,600 penduduk serta merancakkan sektor pelancongan tempatan. (Free Malaysia Today, 17:19)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·1 min read

Ahli Parlimen Rompin gesa kerajaan kaji semula projek lapangan terbang Tioman

By Chia Wan Rou · 15 Oct, 17:19 MYT

Kerajaan tiga tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu kerana projek itu berpotensi memberikan impak negatif kepada kualiti alam sekitar. (Gambar tioman.org) KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbangkan semula projek pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman bagi mengatasi masalah akses pengangkutan lebih 3,600 penduduk serta merancakkan sektor pelancongan tempatan.

Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berkata walaupun menghormati keputusan kerajaan membatalkan projek berkenaan sebelum ini atas faktor alam sekitar, pembatalan itu tidak menyelesaikan masalah pengangkutan di pulau berkenaan.

“Pemuliharaan Tioman ialah amanah kita bersama. Namun, pemuliharaan dan ketersambungan bukan dua perkara yang bertentangan.

“Membatalkan sebuah projek tidak menyelesaikan masalah akses penduduk dan pengusaha di pulau itu,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Menurutnya, Pulau Tioman yang diwartakan sebagai taman laut menerima kira-kira 250,000 pelancong setahun, namun kebergantungan hampir sepenuhnya kepada laluan laut menyukarkan pergerakan serta urusan logistik dan ekonomi tempatan.

Kerajaan dilaporkan membatalkan projek pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman tiga tahun lalu selepas mendapati ia berpotensi memberi kesan negatif yang sangat ketara terhadap alam sekitar.

Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) turut mengenal pasti 120 spesies batu karang keras dan 12 spesies batu karang lembut di kawasan berkenaan yang berisiko terancam.

Dalam pada itu, Abdul Khalib turut menggesa pengusaha feri bagi laluan Teluk Gading-Pulau Tioman membatalkan kenaikan tambang baharu yang disifatkannya membebankan pelancong dan penduduk tempatan.

Katanya, kenaikan tambang ketika keadaan ekonomi mencabar berpotensi menjejaskan kedatangan pelancong secara berkumpulan, sekali gus memberi kesan kepada pendapatan peniaga di pulau berkenaan.

“Saya juga menggesa kerajaan campur tangan dengan melihat semula asas kenaikan tambang, selain memastikan perkhidmatan yang selesa dan berkualiti disediakan,” katanya.

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31first news pick-upNEWnow19:0020:00
Latest 20:28 MYT
29New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Spread
    YouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  3. Language
    First mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  4. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today (YouTube)) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
15 Oct, 17:19 MYT
Origin confidence 90% · 93 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    17:19
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Free Malaysia Today (YouTube)
    18:51 · +93 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Ahli Parlimen Rompin gesa kerajaan kaji semula projek lapangan terbang Tioman
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ahli Parlimen Rompin gesa kerajaan kaji semula projek lapangan terbang Tioman · Malaysian Attention Engine