
Maklumat itu benar atau separuh masak?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BERJUTA, berbilion maklumat di luar sana. Harus kita cerdik untuk tapis dan periksa kandungan. Ada fakta, benar atau auta? (Berita Harian, 08:13)
Read the reporting
1 report
Maklumat itu benar atau separuh masak?
BERJUTA, berbilion maklumat di luar sana. Harus kita cerdik untuk tapis dan periksa kandungan. Ada fakta, benar atau auta?
Akibat salah faham atau salah tafsir satu-satu maklumat, risikonya boleh haru-biru, huru-hara hidup seseorang. Kemudian melarat kepada keluarga. Akhirnya hancur lebur sebuah rumah tangga.
Kepada negara, akibatnya lagi dahsyat hingga boleh tumbang kerajaan. Sungguh, benar - penat kita sebagai rakyat mendengar maklumat salah tafsir ini.
Orang kita tahap sensitivitinya tinggi. Apa lagi orang Melayu yang majoritinya memiliki perasaan halus. Senang tersinggung, mudah terasa dan serba sederhana dalam kehidupan.
Timbang rasa orang kita tinggi. Corak kehidupannya lebih banyak bertolak ansur dalam kehidupan bermasyarakat. Sifat orangnya merendah diri. Tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih mengutamakan orang lain. Kebudayaannya lemah lembut, sopan santun dan dilingkungi adab diwarisi secara turun temurun dan menjadi pegangan hidup. Suka contoh dan teladan baik. Antaranya menegur, membanding dan menyanjung untuk tujuan mendidik.
Hormatnya tinggi kepada golongan berilmu tinggi. Orang berilmu menerima sanjungan oleh kerana daya intelektual yang maju.
Berkias, terus terang
Tidak dapat tidak juga orang Melayu suka berkias, gemar sindiran serta perumpamaan tidak berterus terang. Sistem komunikasi apabila berhubung dengan orang lain lebih banyak gunakan kiasan, ibarat, kata-kata berlapik dan tidak berterus terang.
Benarkah apa diolahkan itu? Ada yang kata tidak juga begitu sebab sekarang era teknologi maklumat amat menggila. Era tular atau viral. Ya, elok berterus terang sahaja, terus kepada topik dan tajuknya.
Begitupun, masih ramai dari yang ramai orang Melayu memiliki adab sopan dihuraikan panjang lebar tadi. Naratif diadunkan, sebelum penyelesaiannya.
Sebab itu kita jangan sesekali membiarkan adab kesopanan dimiliki diinjak-injak pihak yang mahu memerangkap dan memanipulasi pemikiran.
Roller coaster
Jika kita ke arah senario politik semasa hari ini, dipercayai atau kebiasaannya waktu ini sehingga setahun mendatang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), tindak-tanduk parti-parti yang mahu berkuasa di tanah air ini umpama berada dalam roller coaster.
Yang terjadi dalam tempoh ini adalah fitnah bermaharajalela. Putarannya macam roller coaster tadi. Akibatnya adalah pembunuhan karakter seseorang.
Di mana-mana negara pun, selagi namanya berebut kuasa dan jawatan, selagi itulah fitnah menjadi cabaran dan rintangannya.
Suatu ketika pada 2013, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY mengakui sering menerima kritikan, bahkan difitnah. Sebagai Presiden, SBY menilai hal itu suatu yang lumrah.
"Karena saya pemimpin, ya sudah menjadi takdir saya, nasib saya. Ada falsafah (mengatakan) tidak ada yang menyepak anjing mati. Jadi, kalau saya diserang berarti saya masih hidup. Ada yang mengatakan kalau anda tidak mau diserang dikritik, dikecam, please say nothing, do nothing, be nothing. Sekali lagi yang penting jangan fitnah," ujar SBY.
Sambung SBY lagi: "Jangan jadi lautan fitnah, namun lautan kebenaran. Saya menetapkan kebijakan tanggapan beragam, ada menolak ada menerima itulah demokrasi tapi ada barangnya, ucapan saya ditanggapi diserang ngga apa-apa yang tidak tepat, saya tidak melakukan apa-apa tidak mengatakan apa-apa... (namun) saya diserang berhari-hari berminggu-minggu.
"Janganlah kita berikan toleransi kalau itu berupa fitnah, karena fitnah lebih kejam dari pembunuhan," kata SBY.
Separuh masak
Realitinya, Malaysia berada dalam bahaya jika pemikiran pengundi, terutama anak muda belasan tahunnya yang layak mengundi, dihambat maklumat separuh benar, separuh masak.
Dengan gemar mendengar maki-hamun, lawak jenaka dan ucapan karut-marut dan kemudian membuat keputusan salah, kita akan meletakkan bangsa ini statik - tidak ke mana. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa yang maju, tidak akan berlaku.
Untuk memperbetulkan yang biasa, biasakan yang betul, alah bisa tegal biasa - juga mustahil dicapai. Lantas pemimpin politik tertentu kerana takut buat perubahan demi mengekal kuasa dan jawatan serta menjaga hati 'sekumpulan kategori pengundi', bangsa ini akhirnya tidak mencapai piawaian sebenar.
Dan ada ketika kita boleh teliti dari 'badut-badut politik' yang 'cekap' bermain 'sarkas' tohmahan dan fitnah. Kalau didengar sekali, wow boleh goncang pendirian. Tapi apabila disemak dan diteliti sedalamnya, akan terjawab segala auta kedua-duanya.
Dengan suntingan klip video cantik, sesiapa pun boleh terpengaruh dengan info TikTok antara 15 ke 20 saat itu. Tidak perlu kempen pilihan raya besar-besaran dihadiri 20,000 atau 30,000 orang. Dengan TikTok sahaja, boleh kaut khalayak 300,000 hingga 500,000. Juga akan tiba suatu hari parti-parti politik tidak lagi perlu keahlian sehingga sejuta orang. Cukup dalam 100,000 ke 300,000 tetapi berkualiti, efektif berbaur 'merepek meraban'.
Kontroversi
Kesungguhan mencari yang benar dan berhakikat membina kesaksamaan.
Maka apabila kita mendengar satu-satu isu panas dan kontroversi - selidiklah dahulu, nilaikan, sebelum mengesahkan kesahihannya. Apa lagi jika seseorang itu direman dan dilepaskan, namun tiada sebarang pengesahan dia bersih atau masih terpalit dengan kes terbabit. Dengan fitnah dan kebencian masih terus menjadi asas perseteruan politik di negara ini, rakyat nampaknya pun tidak tahu hendak kata apa lagi.
Kelihatannya usaha untuk melihat politik orang kita beralih ke tahap piawaian tinggi sudah 'terperosok' di tengah jalan. Dikusutkan lagi bila belum muncul kesedaran pemikiran baharu dalam kalangan sebahagian kita untuk berdaya saing dalam merit tanpa 'tongkat'. Khususnya demi diri sendiri sebelum melangkau ke impak kejayaan bangsa.
Dan sekali lagi - kita harus kita cerdik untuk tapis dan periksa kandungan berita dan maklumat yang hinggap di telinga. Benar atau auta. Besar akibatnya atau tinggi risiko andai maklumat yang salah terus dijayakan.
Perhalusi sebaik-baiknya - bak kata pepatah Inggeris one swallow does not make a summer (Takkanlah kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba?) Atau peribahasa Melayu menyebut: Janganlah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.