
Malaysia Airlines bantu 140 jemaah umrah terkandas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Lebih 140 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines pada 12 Oktober lalu ditempatkan di hotel di Nilai, Negeri Sembilan. (Berita Harian, 16:09)
Read the reporting
1 report
Malaysia Airlines bantu 140 jemaah umrah terkandas
KUALA LUMPUR: Lebih 140 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines pada 12 Oktober lalu ditempatkan di hotel di Nilai, Negeri Sembilan.
Jurucakap M Holidays Sdn Bhd, Noor Aini Othman, berkata jemaah terjejas itu membabitkan lima agensi pelancongan dari seluruh negara.
"Alhamdulillah, pihak Malaysia Airlines menyediakan tempat penginapan yang selesa (hotel empat bintang) termasuk makan dan minum kepada semua jemaah yang terkandas.
"Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan berkenaan berhubung tarikh penerbangan baharu yang sesuai.
"Setakat ini, rata-rata jemaah masih teruja untuk meneruskan umrah dan kami berharap pihak Malaysia Airlines dapat menyediakan solusi terbaik secepat mungkin," katanya ketika dihubungi tadi.
Sementara itu, Malaysia Airlines, dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan berhubung pembatalan semua penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah, Arab Saudi, mulai 12 hingga 17 Oktober.
Ia susulan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi.
Malaysia Airlines berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan di rantau berkenaan, sambil menegaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal kekal menjadi keutamaan tertinggi.
Katanya, penumpang yang terjejas boleh memilih sama ada mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan tanpa sebarang caj tambahan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan masing-masing.
"Permohonan untuk menjadualkan semula penerbangan atau mendapatkan bayaran balik boleh dibuat menerusi ruangan My Booking di laman sesawang atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.
"Penumpang juga boleh menghubungi perkhidmatan Live Chat atau Pusat Perhubungan Global di talian 1 300 88 3000 bagi panggilan dalam Malaysia dan +603 7843 3000 bagi panggilan antarabangsa.
"Selain itu, penumpang juga diingatkan untuk memastikan semua maklumat perhubungan mereka dikemas kini melalui ruangan My Booking bagi menerima sebarang makluman yang tepat pada masanya," kata syarikat penerbangan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.