
Malaysia cadang platform khas WTO tangani gangguan laluan maritim
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan platform maklum balas khas di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ditubuhkan bagi mempercepat perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan negara anggota yang terjejas akibat gangguan laluan maritim antarabangsa. (Berita Harian, 11:55)
Read the reporting
1 report
Malaysia cadang platform khas WTO tangani gangguan laluan maritim
KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan platform maklum balas khas di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ditubuhkan bagi mempercepat perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan negara anggota yang terjejas akibat gangguan laluan maritim antarabangsa.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata platform itu bertujuan mempercepat rundingan antara negara anggota serta menyelaraskan langkah memudahkan perdagangan susulan gangguan yang menjejaskan laluan maritim kritikal.
"Malaysia turut menggesa supaya sistem penyelesaian pertikaian WTO dipulihkan dan berfungsi sepenuhnya merangkumi pengoperasian semula Badan Rayuan.
"Malaysia juga mendesak pelaksanaan penuh Perjanjian Fasilitasi Perdagangan (TFA) oleh semua negara anggota berpandukan pengalaman Malaysia yang berjaya mencapai pelaksanaan penuh perjanjian berkenaan," katanya ketika sesi Soal Jawab Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) untuk menyatakan langkah diplomatik terkini Malaysia di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan OIC bagi memastikan gencatan senjata serta bantuan kemanusiaan ke Gaza terus diberi tekanan antarabangsa.
Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, keberhasilan advokasi yang konsisten dilaksanakan Malaysia dan negara sepemikiran yang lain jelas tertera dengan peralihan pendirian banyak negara mengenai Palestin termasuk negara sekutu Israel.
"Baru-baru ini, beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol dan Sweden turut mengenakan sekatan yang menyasarkan peluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
"Sokongan politik untuk penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka semakin kukuh dan kini 160 negara anggota PBB sudah mengiktiraf Palestin.
"Momentum antarabangsa ini semakin memihak kepada keadilan bagi rakyat Palestin. Namun, momentum ini mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata.
"Justreru, Malaysia akan terus berada di barisan hadapan bersama negara sepemikiran serta memanfaatkan setiap platform serantau dan antarabangsa yang ada sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman, bermaruah serta merdeka di Palestin yang berdaulat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.