
Malaysia catat 28.8 juta ketibaan pelancong antarabangsa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan utama global apabila merekodkan ketibaan 28.8 juta pelancong antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu. (Berita Harian, 22:52)
Read the reporting
1 report
Malaysia catat 28.8 juta ketibaan pelancong antarabangsa
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan utama global apabila merekodkan ketibaan 28.8 juta pelancong antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Jumlah terbabit mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, berkata pencapaian positif itu berpunca daripada strategi ampuh hasil gabungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta penggiat industri tempatan.
Katanya, usaha bersama itu berjaya memastikan sektor pelancongan negara kekal berdaya tahan meskipun terpaksa mendepani pelbagai cabaran geopolitik dan persekitaran global seperti isu jerebu serta konflik peperangan di Asia Barat.
"Pelancongan antara sektor 'low hanging fruit' yang memberi pulangan ekonomi pantas kepada negara.
"Namun pada masa sama, sektor ini amat sensitif terhadap krisis dan persepsi isu semasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas anjuran Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini.
Mohd Amirul menegaskan kebergantungan kepada sumber kewangan kerajaan semata-mata tidak mencukupi untuk memacu pertumbuhan pesat sektor berkenaan tanpa sokongan padu pemain industri.
Beliau memuji inisiatif ahli KLTA yang mengambil langkah sendiri menjelajah ke luar negara seperti China secara berterusan demi mempromosikan Malaysia.
Kerjasama rapat seperti itulah yang membantu negara bertahan dan mengekalkan momentum pertumbuhan.
"Kita tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan. Kejayaan ini adalah bukti jelas bahawa apabila penggiat industri mengambil inisiatif proaktif seperti jelajah promosi secara kendiri di pasaran utama, impaknya sangat luar biasa terhadap ketibaan pelancong antarabangsa," katanya.
Antara faktor utama turut menyumbang kepada lonjakan ketibaan pelancong termasuk peningkatan hubungan (connectivity) udara menerusi kemasukan penerbangan antarabangsa baharu seperti Gulf Air, Skyback Jet, dan Lufthansa yang menyediakan laluan terus ke Malaysia.
Dari segi pasaran, Singapura kekal sebagai penyumbang trafik pelancong tertinggi di rantau Asia, manakala pasaran China mencatatkan lonjakan paling ketara susulan penambahan penerbangan terus.
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan barisan hadapan, program 'Duta Kecil' turut dihidupkan semula sejak awal tahun ini untuk melatih pegawai di lapangan terbang, termasuk anggota Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan layanan mesra kepada pelawat luar.
"Layanan mesra dan pengalaman pertama pelancong sebaik tiba di pintu masuk negara adalah kunci utama.
"Menerusi program Duta Kecil ini, kita mahu setiap pegawai barisan hadapan mempamerkan budi bahasa dan keprihatinan tinggi yang mencerminkan identiti sebenar Malaysia," katanya.
Sidang akhbar khas itu turut dihadiri wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memperkasakan integrasi infrastruktur serta perkhidmatan pelancongan negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.