Malaysian Attention Engine
Live wire
59Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Business : Govt Aims To Table Anti-Rent-Seeking Bill By 202740Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam40Politics : Melaka Polls: PH Candidate List Discussions More Than 95 Per Cent Complete - Fahmi40In challenging PAS’s sincerity, Umno seeks shortcut to SG4 breakthrough39General : Malaysia First Country To Convince Myanmar To Accept The Return Of Its Refugees - Fahmi37Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203137Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR36Jerman rancang larang kanak-kanak bawah 13 tahun guna media sosial35Moriyasu dikaitkan dengan Harimau Malaya, FAM nafi rundingan35PSG benam Man City di Etihad
NewConfirmedupdated 1 h ago

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan angkara kontroversi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 08:11 MYTLatest activity 15 Oct, 08:50BMconfidence 80%

What happened

Tokyo: Menteri Pertanian Jepun yang berdepan tekanan, Kazuo Yana, memutuskan untuk meletakkan jawatan susulan kontroversi berkaitan tingkah laku lampau beliau di kawasan pilihan rayanya, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sanae Takaichi, lapor Kyodo News. (Harian Metro, 08:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan angkara kontroversi

By Bernama-KYODO · 15 Oct, 08:11 MYT

Tokyo: Menteri Pertanian Jepun yang berdepan tekanan, Kazuo Yana, memutuskan untuk meletakkan jawatan susulan kontroversi berkaitan tingkah laku lampau beliau di kawasan pilihan rayanya, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sanae Takaichi, lapor Kyodo News.

Yana berkata beliau mengemukakan peletakan jawatannya kepada Takaichi, sekali gus menjadi anggota Kabinet pertama yang berundur sejak Perdana Menteri itu menyusun semula Kabinetnya pada pertengahan September.

"Saya tidak boleh lagi membiarkan perbahasan parlimen dan pentadbiran pertanian terganggu," kata Yana kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo selepas mengadakan pertemuan dengan Takaichi.

Yana, yang juga anggota Dewan Perwakilan selama enam penggal daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Takaichi, dikenali sebagai orang kanan beliau dalam dasar pertanian.

Peletakan jawatan itu satu tamparan hebat bagi Perdana Menteri berkenaan, yang bakal genap setahun memegang jawatan pada penghujung bulan ini. Tidak lama sebelum pengumuman itu, anggota parlimen pembangkang mengancam untuk mengemukakan usul mencela terhadap Yana di Dewan Senat, Dewan Atas Parlimen Jepun.

Yana berdepan kritikan susulan laporan media sejak akhir September bahawa beliau memberitahu penyokongnya di kawasan pilihan raya pada Mei bahawa peruntukan belanjawan jalan raya dipotong secara drastik bagi dua kawasan perbandaran yang datuk bandarnya menyokong pencabarnya dalam pilihan raya umum pada Februari.

Beliau juga dilaporkan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma kepada penyokongnya di kawasan pilihan raya di Wilayah Tochigi, di utara Tokyo, semasa kempen pilihan raya Dewan Perwakilan terdahulu, yang berkemungkinan melanggar Akta Pilihan Raya bagi Jawatan Awam.

Yana secara umumnya mengakui laporan berkenaan tetapi menafikan sebarang pelanggaran undang-undang dalam kedua-dua kes itu. Beliau berkata tidak pernah mendesak Kementerian Tanah untuk memotong peruntukan itu manakala penyediaan perkhidmatan bas itu tidak boleh dianggap sebagai pemberian manfaat atau sumbangan.

Takaichi pula sebelum ini berkata beliau "tidak akan teragak-agak" untuk memecat Yana "sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang" berhubung dakwaan terhadapnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 08:56 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 08:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Menteri Pertanian Jepun Yana letak jawatan angkara kontroversi
Astro Awani (BM)NewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.