
Malaysia perlu bersedia hadapi jerebu lagi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
API yang membakar tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera mungkin jauh daripada pandangan tetapi kesannya sampai ke Malaysia. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Malaysia perlu bersedia hadapi jerebu lagi
API yang membakar tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera mungkin jauh daripada pandangan tetapi kesannya sampai ke Malaysia.
Sepanjang Ogos hingga September, jerebu rentas sempadan menutup ratusan sekolah, memaksa ratusan ribu murid belajar dari rumah dan meningkatkan tekanan terhadap fasiliti kesihatan akibat masalah pernafasan.
Kementerian Kesihatan (KKM) memantau kesan jerebu melalui 78 fasiliti kesihatan sentinel. Antara minggu epidemiologi ke-32 dan ke-33, kes asma meningkat 259 peratus daripada 61 kepada 219 kes, manakala jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) melonjak 124 peratus kepada 3,674 kes.
Kes asma kemudian mencecah 1,811. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, menjelaskan zarah halus jerebu boleh mencetuskan keradangan saluran pernafasan dan melemahkan pertahanan paru-paru.
Trend itu bagaimanapun mula menurun. Pada minggu ke-37, kes asma berkurang 35.36 peratus kepada 722 kes berbanding 1,117 kes sebelumnya. Namun, kesan kepada keluarga tetap besar melalui cuti sakit, kos rawatan dan masa yang perlu diperuntukkan untuk menjaga anak.
Kanak-kanak antara kumpulan paling terdedah kerana paru-paru masih berkembang. Di Sarawak, 710 sekolah di bawah 14 Pejabat Pendidikan Daerah beralih kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari 7 hingga 11 September. Sebelum itu, 647 sekolah melibatkan hampir 200,000 murid telah ditutup sementara.
Langkah penutupan sekolah berasaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sememangnya mengikut protokol Kementerian Pendidikan (KPM). Namun, bacaan boleh berubah dalam beberapa jam. Keadaan bilik darjah yang mempunyai pengudaraan terbuka juga menimbulkan persoalan sama ada murid benar-benar terlindung daripada pencemaran.
PdPR pula tidak mudah bagi semua keluarga, khususnya di kawasan pedalaman yang berdepan kekangan peranti dan capaian internet. Justeru, kesiapsiagaan perlu diperkukuh sebelum musim jerebu kembali.
Data kesihatan KKM wajar disepadukan dengan maklumat pendidikan bagi membantu keputusan penutupan sekolah dibuat lebih tepat.
Sekolah berisiko tinggi juga boleh menyediakan ruang udara bersih, penapis udara serta pelitup N95 untuk murid yang memerlukan. Rekod kesihatan murid berisiko perlu dikemas kini, manakala bahan PdPR bercetak hendaklah disediakan lebih awal.
Jerebu mungkin reda apabila Monsun Timur Laut tiba tetapi musim kemarau akan kembali. Malaysia perlu bersedia lebih awal supaya kesihatan dan pendidikan anak-anak tidak sekali lagi menjadi harga yang perlu dibayar untuk api yang bukan mereka nyalakan. – UTUSAN
DR. MOHD. ZULFAKAR MOHD. NAWI & DR. SITI HAJAR ZAKARIAH
Pensyarah Kanan,
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
The post Malaysia perlu bersedia hadapi jerebu lagi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.