
Matahari tak nampak, Timor Leste tutup sekolah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DILI – Timor Leste menutup sekolah selama tiga hari bermula hari ini berikutan jerebu tebal yang melanda akibat kebakaran hutan di negara jirannya, Indonesia. (Kosmo!, 13:32)
Read the reporting
1 report
Matahari tak nampak, Timor Leste tutup sekolah
DILI – Timor Leste menutup sekolah selama tiga hari bermula hari ini berikutan jerebu tebal yang melanda akibat kebakaran hutan di negara jirannya, Indonesia.
Di ibu negara, Dili, orang ramai keluar seperti biasa di bawah langit berwarna jingga tetapi tetapi kebanyakan mereka memakai pelitup muka seperti dinasihatkan oleh kerajaan pada hari sebelumnya.
Penduduk menyambut baik keputusan itu, walaupun mereka berkata, pencemaran udara adalah lebih buruk awal minggu ini.
“Sejak kebelakangan ini, pencemaran udara di Dili sangat teruk.
“Kita tidak dapat melihat matahari, asap jerebu sangat tebal,” kata bidan berusia 30 tahun, Sonya da Costa Soares kepada AFP.
Walaupun anaknya masih terlalu kecil untuk bersekolah, Sonya berkata, keputusan untuk membiarkan pelajar kekal di rumah adalah ‘sangat penting supaya kanak-kanak tidak terdedah kepada bahaya.’
Indonesia mengalami kebakaran hutan secara berkala semasa musim kemarau, tetapi tahun ini kebakaran sangat teruk disebabkan fenomena cuaca kering El Nino yang sangat kuat menyebabkan kemarau.
Kebakaran hutan dan tanah gambut telah memusnahkan ratusan ribu hektar hutan dan ladang di Pulau Sumatra, Borneo dan Papua, serta menyebabkan pencemaran udara melonjak di peringkat tempatan, selain di Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.
Kerajaan Timor Leste berkata semalam bahawa adalah perlu untuk menutup sekolah ‘bagi melindungi kesihatan pelajar, guru dan ahli komuniti pendidikan lain memandangkan keadaan kualiti udara semasa’.
Kerajaan menggesa keluarga supaya memastikan anak-anak kekal di dalam rumah dan menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka sekiranya keluar. – AFP
The post Matahari tak nampak, Timor Leste tutup sekolah appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.