
Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu gubal undang-undang jerebu merentas sempadan untuk bertindak ke atas syarikat ladang Malaysia yang membakar hutan membawa jerebu. PETALING JAYA: Bekas menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas. (Free Malaysia Today, 21:46)
Read the reporting
1 report
Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu gubal undang-undang jerebu merentas sempadan untuk bertindak ke atas syarikat ladang Malaysia yang membakar hutan membawa jerebu. PETALING JAYA: Bekas menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.
Dalam episod terbaharu audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi.
"Tapi, saya fikir apabila orang lain cekik anda, anda tidak boleh biarkan mereka terus mencekik. Sekurang-kurangnya tepis tangan mereka atau balas balik. Perkara itu tidak berlaku.
"Saya faham diplomasi, tapi saya sangat kecewa dengan kerajaan kerana tidak sanggup pertahankan kita," katanya.
Khairy turut mengulangi kritikannya terhadap 'ketidakcekapan' kerajaan Indonesia menangani krisis alam sekitar itu, yang menurutnya sudah berlarutan dua bulan.
Bekas ketua Pemuda Umno itu, berkata memandangkan Malaysia tidak mampu untuk 'bercita-cita tinggi' untuk mengenakan pengaruhnya terhadap negara lain, negara perlu menggubal undang-undang jerebu merentas sempadan bagi bertindak ke atas syarikat ladang Malaysia yang didapati bertanggungjawab membakar hutan dan menyebabkan jerebu.
"Lagipun, kita tidak ada sebarang mekanisme dalam Asean yang boleh menghukum Indonesia," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Arthur Joseph Kurup, berkata penggubal dasar perlu mempertimbangkan keberkesanan, implikasi diplomatik, dan beban pembuktian bagi mana-mana undang-undang jerebu merentas sempadan yang dicadangkan, serta sama ada ia boleh dikuat kuasa.
Beliau berkata, menangani jerebu rentas sempadan semakin mencabar disebabkan beberapa faktor, termasuk kebolehubahan iklim, tempoh kemarau panjang, dan amalan pertanian.
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today21:46
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)22:20 · +34 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.