Malaysian Attention Engine
Live wire
53Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202550Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan50Pushing mega-projects, Hamzah Zainudin criticises Budget 2027 as ‘lacking vision’47Meta expands WhatsApp utility with non-account guest calling features45General : Kelantan Teen Set For Fourth Appearance At Global It Challenge41Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah41Sulaiman bertanding jika parti mahukannya40Govt considers seizing assets of motorists to compensate crash victims39Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia39General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok38China-North Korea bridge to open on October 15
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

ASP, dua pegawai DBKL diperintah bela diri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 13:11 MYTLatest activity 15 Oct, 13:11BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis dan Timbalan Pengarah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pembantunya diarah membela diri atas tuduhan rasuah termasuk tidak mengambil tindakan ke atas pusat hiburan. (Kosmo!, 13:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

ASP, dua pegawai DBKL diperintah bela diri

By MOHD YUNUS YAKKUB · 15 Oct, 13:11 MYT

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis dan Timbalan Pengarah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pembantunya diarah membela diri atas tuduhan rasuah termasuk tidak mengambil tindakan ke atas pusat hiburan.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Asisten Superintendan (ASP) Eddie Lau Lay Chuong, 45, serta Muhamad Irwan Abdullah, 46, dan Zahari Muhammad, 36.

Berdasarkan pertuduhan, Lay Chuong yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ketika kejadian telah memperoleh suapan RM10,000 daripada lelaki berusia 59 tahun sebagai dorongan menutup siasatan ke atas pekerja syarikatnya di bawah Seksyen 3(2) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rangkaian kafe di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.18 petang pada 6 November 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Dalam prosiding berasingan, Muhamad Irwan dan Zahari didakwa dengan niat bersama meminta suapan RM200,000 dan menerima RM160,000 secara bulanan daripada seorang lelaki berusia 64 tahun.

Tindakan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pusat hiburan tanpa lesen di bawah jagaan lelaki itu. Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Puchong pada Februari 2024.

Muhamad Irwan yang juga Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL turut didakwa menerima suapan tunai RM130,000 daripada lelaki sama bagi tujuan sama di tempat sama pada pukul 9 malam, 5 Jun 2024.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Peguam Kirthi Raj mewakili Lay Chuong, manakala Peguam Syamil Mohd. Othman mewakili Muhamad Irwan dan Zahari masing-masing memaklumkan, anak guam mereka akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Noorhani Muhmmed Ayub dan Pegawai Pendakwa Muhammad Arif Asyraf Mohd. Khairi.

Mahkamah menetapkan 19 November ini untuk sebutan bagi kes Lay Chuong dan 13 November bagi kes Muhamad Irwan dan Zahari. – KOSMO! ONLINE

The post ASP, dua pegawai DBKL diperintah bela diri appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:27 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 13:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.