
Media sosial, permainan dalam talian pengaruhi tingkah laku ganas golongan muda - Fadillah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUCHING: Pendedahan kepada kandungan media sosial dan permainan dalam talian berunsur keganasan antara faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif golongan muda sehingga mencetuskan kejadian buli dan serangan di sekolah. (Berita Harian, 18:31)
Read the reporting
1 report
Media sosial, permainan dalam talian pengaruhi tingkah laku ganas golongan muda - Fadillah
KUCHING: Pendedahan kepada kandungan media sosial dan permainan dalam talian berunsur keganasan antara faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif golongan muda sehingga mencetuskan kejadian buli dan serangan di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cabaran dunia maya yang semakin kompleks susulan perkembangan teknologi perlu ditangani dengan membina asas kehidupan yang kukuh supaya golongan muda tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif.
Beliau berkata, platform digital seperti YouTube dan pelbagai permainan dalam talian berpotensi mempengaruhi pemikiran serta tindakan seseorang sekiranya kandungan yang diakses tidak ditangani dengan bijak.
"Apabila berlaku kejadian buli, serangan terhadap rakan atau perbuatan yang lebih serius, kita perlu melihat juga pengaruh persekitaran, termasuk media sosial dan permainan dalam talian yang boleh membentuk cara seseorang berfikir serta bertindak," katanya ketika sesi dialog pada Program Motivasi 'Sedia Menghadapi Masa Depan' Dialog Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Taman Sukma, Petra Jaya, di sini.
Fadillah berkata, kecenderungan terhadap permainan yang berorientasikan persaingan dan pertempuran juga perlu diberikan perhatian, terutama apabila unsur agresif yang dipaparkan mempengaruhi tingkah laku seseorang di luar dunia maya.
Beliau berkata, perkembangan budaya popular di peringkat antarabangsa, termasuk sukan dan hiburan yang menonjolkan unsur agresif, wajar dikaji bagi memahami pengaruhnya terhadap pemikiran serta tingkah laku masyarakat.
Beliau berkata, kejadian serangan di sekolah di beberapa negara menunjukkan kepentingan meneliti pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang, termasuk pendedahan kepada persekitaran yang negatif.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan menyediakan program positif untuk remaja bagi membentuk pemikiran, emosi dan sahsiah, sekali gus membantu mereka menghadapi pengaruh negatif di sekeliling.
Pada masa sama, Fadillah berkata, aspek psikologi perlu diberikan perhatian kerana tekanan kehidupan yang semakin mencabar boleh menjejaskan kesejahteraan mental, khususnya dalam kalangan golongan muda.
Katanya, pemahaman mengenai psikologi penting bagi membantu seseorang mengurus tekanan, menenangkan emosi dan mencari penyelesaian yang sesuai apabila berhadapan masalah, sekali gus mengurangkan risiko tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain.
Beliau berkata, golongan muda juga perlu kembali kepada asas kehidupan, iaitu beribadah, sebagai panduan membentuk peribadi yang baik, melakukan kebaikan kepada orang lain dan menghadapi cabaran kehidupan, sekali gus mencapai kecemerlangan dalam pendidikan serta kehidupan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.