Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Muzik menyatukan kita - Nidji46Tuanku Muhriz invited to Conference of Rulers meeting, says report42Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat42Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah41World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport40General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework39Jalan Kuching fatal crash: Driver tracked to Damansara hospital37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Belanjawan 2027 bukti tiada hasrat swastakan KTMB – Loke
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Mekanisme bayar nafkah perlu automatik, usah beban bekas isteri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 13:59 MYTLatest activity 12 Oct, 13:59BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempertimbang mekanisme penguatkuasaan yang membolehkan pembayaran nafkah dibuat secara automatik selepas perintah mahkamah dikeluarkan. (Berita Harian, 13:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Mekanisme bayar nafkah perlu automatik, usah beban bekas isteri

By Nurhanim Osman · 12 Oct, 13:59 MYT

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempertimbang mekanisme penguatkuasaan yang membolehkan pembayaran nafkah dibuat secara automatik selepas perintah mahkamah dikeluarkan.

Antara boleh dipertimbangkan termasuk mewujudkan satu badan atau mekanisme khusus yang mengambil alih urusan kutipan nafkah, termasuk melalui potongan gaji bagi bekas suami yang mempunyai pendapatan tetap.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin berkata mekanisme sebegitu penting supaya bekas isteri tidak perlu terus menanggung beban termasuk berulang kali turun naik mahkamah demi mendapatkan bayaran yang sudah pun diperintahkan mahkamah.

"Kalau potong gaji pun boleh, tetapi bagi yang tidak bekerja atau yang bekerja sendiri pula bagaimana... kita boleh fikirkan mekanisme dengan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mereka yang bekerja sendiri.

"Kalau kita boleh buat begitu, bagus. Tidak ada lagi isu anak tidak mendapat nafkah dan tidak ada lagi isu isteri atau ibu perlu turun naik mahkamah. Satu badan berkuasa perlu mengatur perkara ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendekatan mekanisme penguatkuasaan perlu dilaksanakan di peringkat Persekutuan supaya urusan penguatkuasaan nafkah dapat diselaraskan di seluruh negara.

"Benda ini dah banyak kali kita bincang, tetapi siapa nak mulakan... bagi saya, ia tidak sesuai dibuat di Selangor sahaja kerana perkara ini perlu di peringkat Persekutuan bagi penyelarasan seluruh Malaysia.

"Kalau Persekutuan buat, satu Malaysia boleh buat. Kalau negeri, kita akan berdepan pelbagai isu kerana enakmen negeri tidak boleh menyalahi atau mengatasi undang-undang Persekutuan.

"Kementerian berkaitan juga perlu memulakan perbincangan bagi mewujudkan mekanisme berkenaan, termasuk meneliti keperluan pindaan undang-undang atau pewujudan agensi khusus," katanya menggesa kerajaan merujuk penguatkuasaan dilakukan Australia dan New Zealand.

Sementara itu semakan BH mendapati di Australia tunggakan nafkah anak boleh dikuatkuasakan menerusi pelbagai saluran termasuk potongan gaji, akaun bank dan bayaran balik cukai.

Dalam keadaan tertentu, pembayar yang mempunyai tunggakan juga boleh dikenakan larangan keluar negara jika gagal membuat aturan pembayaran yang sesuai.

Pendekatan sama dilihat di New Zealand apabila kutipan nafkah anak dikendalikan Inland Revenue yang boleh mendapatkan bayaran daripada gaji, akaun bank dan bayaran balik cukai.

Jika tunggakan berterusan, kes boleh dibawa ke Mahkamah Keluarga untuk tindakan penguatkuasaan, termasuk terhadap individu yang didapati mampu membayar tetapi sengaja enggan berbuat demikian.

Sementara itu, Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Abu Suffian Abu Yaziz, berkata penguatkuasaan perintah nafkah ketika ini menggunakan pelbagai mekanisme, termasuk hiwalah, sita dan jual, saman penghutang penghakiman, notis penghakiman serta tindakan komital, bergantung kepada fakta setiap kes.

Antara 2017 hingga Ogos lalu, sejumlah 9,034 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dan daripada jumlah itu, 190 kes hiwalah direkodkan sebagai antara bentuk pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah.

Namun, beliau berkata, jumlah perintah dikeluarkan tidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran keberkesanan sistem.

"Sebaliknya, kejayaan penguatkuasaan perlu dilihat berdasarkan sejauh mana perintah itu dipatuhi dan berapa cepat wang sampai kepada pihak yang berhak.

"Sekali perintah, berterusan penguatkuasaannya. Maksudnya, selepas perintah nafkah dibuat, pemantauannya boleh dipantau secara sistematik.

"Apabila berlaku kegagalan pembayaran, mekanisme susulan boleh digerakkan dengan lebih cepat tanpa meletakkan keseluruhan beban kepada ibu atau penjaga untuk memulakan proses dari awal setiap kali berlaku tunggakan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:0016:0017:00
Latest 17:47 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 13:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Mekanisme bayar nafkah perlu automatik, usah beban bekas isteri · Malaysian Attention Engine