Malaysian Attention Engine
Live wire
51KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK42Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis37Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre35General : MSM Sugar Refinery Lease In Prai To Continue For 15 Years34Lazio crush Juventus to move level with Serie A leaders Inter34Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 201634Animal welfare group urges probe into alleged sexual abuse of cat in viral video34DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma34General : 227 Kampung Manis Families To Receive Replacement Homes Under RMKu34PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Memilih, menaikkan orang yang betul

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 08:08 MYTLatest activity 19 Oct, 08:08BMconfidence 60%

What happened

PUJANGGA mengungkapkan - dunia ini bukan hanya diwariskan oleh generasi terdahulu, tetapi dipinjamkan kepada kita untuk survival generasi hari esok. (Berita Harian, 08:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Memilih, menaikkan orang yang betul

By Zulkifli Jalil · 19 Oct, 08:08 MYT

PUJANGGA mengungkapkan - dunia ini bukan hanya diwariskan oleh generasi terdahulu, tetapi dipinjamkan kepada kita untuk survival generasi hari esok.

Dalam mendepani cabaran getir hari ini, sama ada isu-isu semasa termasuk kos hidup dan politik 'menggila', jangan lagi hanya memilih penyelesaian jangka pendek yang hanya meloloskan diri kita sendiri.

Juga, yang cuma meninggalkan beban hutang yang akan menyepit dan menjadi musibah besar ditanggung generasi seterusnya.

Kerana itu, jika mahu menjadi pemimpin masa depan, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu terikut sangat cakap-cakap di kedai kopi, restoran nasi kandar atau coffee house. Serta ikut kehendak pengikut ramai yang hanya mahu mengadu-domba sesama pemimpin.

Ingatlah! masa sesungguhnya tidak menunggu imbauan manusia. Anak-anak yang dahulu ditimang, kini sudah besar panjang.

Kulit di badan sudah mula kendur. Langkah yang panjang kini sudah gontai. Selera nan tajam sudah mula menurun. Namun, dunia politik terus berputar. Kehidupan terus menuntut untuk diisi.

Bagi ahli politik senior, barangkali sudah veteran, sekian ramai rakan mereka yang kini hanya tinggal nama sahaja, lantaran berpulang mereka ke alam baqa.

Berjuang

Satu persatu mereka pergi. Sementara ada pula terlantar sakit atau berpenyakit yang sukar diubati. Tetapi bersentimental ada batasannya. Di dunia ini ada lopak dan ruangnya untuk sesuatu. Ada masa untuk mengalirkan air mata. Ada masa untuk bergembira dan ada masa untuk berjuang.

Jika kita sebagai rakyat, apa lagi pengundi mahu bertindak memilih pemimpin masa depan termasuk calon-calon bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, ia samalah bererti seseorang itu memilih untuk hidup (to be).

Sebaliknya, jika kita memilih untuk tidak bertindak membuat keputusan yang betul, itu bermakna mati (not to be) - mati yang berkait dengan tiada keberanian dan semangat untuk mengubah keadaan sedia ada diyakini boleh diperbaiki serta dipertingkatkan piawaiannya.

Sebab itu kepada pengundi, anda amati dan selidiklah betul-betul calon pilihan raya masing-masing. Perhatikan, selama ini adakah dia sering berjanji dusta. Bila sembang, gajah pun boleh terbang. Cari yang elok, kedua, bijak.

Kelambu dibakar

Jangan nanti menyesal tak sudah. Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Menang sorak kampung tergadai. Pengalaman ditempuh rakyat sebelum ini menempuh tiga kerajaan sebelum ini dipalit dasar yang tunggang langgang dan lintang pukang. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

Usah lagi dibiarkan diri diperangkap tindak tanduk segelintir mereka yang berlagak 'pemimpin'. Tapi rupanya indah khabar dari rupa - gara-gara buruk 'ikan mula busuk di kepala, bukan di ekornya'.

Pengundi harus beri teladan berguna pada PRN Melaka 14 November depan. Jangan bosan menyatukan semula bangsa. Politik, apatah lagi berkait Melayu seharusnya tidak bertopengkan kebendaan dan jawatan demi kuasa yang mahu diligan.

Orang Melayu khususnya berhak menepuk belakang sendiri. Kalau penyakit hasad dengki saling berebut jawatan dalam kalangan pemimpin politiknya tidak dikikis, apa yang diimpi hanya kegelapan menanti.

Ajarkan 'si oportunis, si kingmaker'. Tidak selamat untuk dipilih mereka ini di kala politik tanah air masih bergantung keperluan parti teras. Jangan berulang gejala 'SD, Langkah Kajang, Langkah Sheraton' yang memalukan negara di luar sana.

Ketika banyak negara tetangga bangkit dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kita sepatutnya perlu bimbang masih lagi terperangkap dalam kemelut politik sia-sia.

Warlord, politikus

Berurusan dengan sebilangan warlord dan politikus yang 'masuk politik' untuk kejar pangkat, kekayaan poket sendiri.

Kejayaan tidak jatuh bergolek ke kaki dengan kita cuma perlu kutipnya sahaja. Itu angan-angan di siang hari. PRN apa lagi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) adalah penentu - satu-satunya ruang dan peluang untuk rakyat memilih kerajaan negeri dan kerajaan pusat berwibawa.

Kita tidak mahu ada parti politik mempunyai maksud tidak ikhlas, penuh hipokrasi. Sangat teringin ada pejabat di Putrajaya. Teruja mahu tinggal di Seri Perdana. Hanya mahukan kuasa - yang dikhuatiri membawa kerakusan, lagi haloba.

Bermain politik tidak boleh seadanya sahaja, sekadarnya jua.

Ingat! Bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut, orang sudu. Mesti pakai falsafah 'kendur berdenting-denting, tegang berjela-jela'.

Kepada pengundi;

Masa untuk mengubah segala-galanya sudah tiba. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Gunalah kuasa mengundi sebaik-baiknya. Perhalusi sebijak-bijaknya - nilai semua yang bertanding.

Kita sudah belajar daripada masa lepas. Sentiasa memandang kepada yang baik.

Tepuk dada, tanya diri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:00
Latest 09:10 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 08:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Memilih, menaikkan orang yang betul
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.