Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori48Ribut petir hampir seluruh negara petang ini45‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’41BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Budget 2027 Shows Govt's Commitment To Boosting Sabah's Interior Development - Arthur40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38General : Thunderstorm, Heavy Rain Warning In 14 States Until 6 Pm
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

‘Menanti anak panggil ayah, ibu, itu pun sudah puas’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 11:40 MYTLatest activity 10 Oct, 11:40BMconfidence 60%

What happened

SEJAK kebelakangan ini, nama Azmi Saat yang juga merupakan anggota Caliph Buskers sering disebut-sebut. Bukan kerana karyanya tetapi gelagatnya dalam aplikasi Threads bikin mencuit hati ramai. (Kosmo!, 11:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·4 min read

‘Menanti anak panggil ayah, ibu, itu pun sudah puas’

By NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI · 10 Oct, 11:40 MYT

SEJAK kebelakangan ini, nama Azmi Saat yang juga merupakan anggota Caliph Buskers sering disebut-sebut. Bukan kerana karyanya tetapi gelagatnya dalam aplikasi Threads bikin mencuit hati ramai.

Masakan tidak, dia gemar menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak tanpa melibatkan orang lain. Sempat bertemu untuk wawancara, pemilik nama penuh Khairul Azmi Muhammad Saat itu mendedahkan bahawa platform tersebut sebenarnya agak sukar untuk diterokai golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan sepertinya.

“Tak juga aktif dalam Threads, saya lebih aktif dalam Facebook sebenarnya sebab lebih mesra dengan orang buta.

“Maknanya telefon kita mudah untuk digunakan (Facebook). Kalau Threads ini banyak benda yang tak boleh diakses.

“Saya nak baca komen pun agak mencabar, kena banyak kerja untuk baca komen,” katanya kepada HibGlam.

Di sebalik kesukaran tersebut, Azmi menganggap apa yang berlaku sebagai rezeki terpijak yang membuka lebih banyak peluang dalam bidang seni.

“Sebenarnya bila saya tular dalam Threads, saya banyak dapat peluang lain.

“Sebelum ini saya dapat tawaran reviu produk. Saya faham mereka mahukan orang yang ada populariti, jadi bila saya dapat perhatian dalam Threads, saya dapatlah peluang itu.

SUKAR, namun itulah situasi yang dilalui Azmi Saat dan isterinya apabila tidak mampu melihat dan memahami kaedah komunikasi sempurna bersama anak tunggal mereka, Khalisa.

“Ada juga orang minta saya bacakan doa untuk majlis. Jadi, peluang-peluang begini saya tak pernah dapat dan tidak sangka akan dapat,” ujarnya.

Dia bahkan terharu sejak tular, ramai mula mengenali dan menegurnya sekiranya terjumpa, selain bersyukur kumpulannya menerima lebih banyak tawaran nyanyian.

“Bila saya ke mana-mana orang sebut, sebelum ini bila berjalan tiada orang tegur, sekarang ramai orang tegur.

“Dalam masa sama, Caliph Buskers pun banyak dapat jemputan, memang membantu,” jelasnya.

Ditanya sama ada lawak-lawak yang digunakan dipermainkan orang luar, pelantun lagu Hanya NamaMu itu mengakui perkara tersebut wujud, namun memilih untuk berlapang dada.

“Ada (ambil kesempatan) tapi saya rasa mungkin bukan niat mereka kadang-kadang kena faham benda dia buat itu bukan gurauan.

“Contohnya macam dia buat aksi bercakap dengan saya ataupun tunjukkan sesuatu kepada saya seperti ‘kau tengok aku nak kacau Azmi’.

“Kemudian, dia gelak berdua. Itu bukan bergurau dengan saya tapi menggunakan saya sebagai bahan,” katanya.

Azmi bagaimanapun enggan mengambil peduli hal sebegitu kerana lebih selesa membuat orang lain senang jika berada bersamanya.

“Saya tak ambil hati sebab kita mahu berada dalam industri dan nak orang semua sukakan kita.

“Jadi tak boleh nak bangkitkan isu begitu,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Azmi berharap, orang ramai lebih berhemah atau berpada-pada dalam bergurau agar tidak mengguris hati pihak lain.

“Mungkin bukan dengan saya saja, dengan sesiapa pun kita nak bergurau, kena tahu orang itu suka atau tidak dengan gurauan kita.

“Kalau kita bergurau sampai menyakitkan hati, itu bukan gurauan. Contohnya kita dah tahu orang itu tak suka, kita cakap juga.

“Pastikan orang itu suka dan ketawa dengan apa kita buat,” luahnya.

Menukar gelanggang perbualan, Azmi turut membuka kisah mengenai permata hati, anak tunggal kesayangannya, Khalisa, yang disahkan memiliki spektrum autisme.

Mengimbas kembali fasa awal menguruskan bayi, dia mengakui agak kekok, namun bersyukur mendapat sokongan keluarga.

SEBAGAI bapa, harapan Azmi hanya satu, dia mahu dengar panggilan ‘ayah’ daripada anaknya, Khalisa yang kini berusia hampir tiga tahun tetapi masih belum boleh bercakap.

Anak autisme

“Menguruskan anak okey saja. Saya ada adik-beradik dan kawan-kawan yang membantu, waktu mula-mula ada anak dahulu kekok juga.

“Saya minta tolong kakak ajarkan apa yang patut kita buat seperti cara mandi dan makan.

“Selepas itu bila dah sekali dua buat, kita buat sendiri. Sampai sekarang saya uruskan semua,” jelasnya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu turut memaklumkan bahawa anaknya yang tidak boleh bercakap kini sedang menjalani terapi.

“Penglihatan anak saya okey, cuma doktor kesan dia ada autisme sebab masih belum boleh bercakap lagi.

“Sekarang dia sudah berusia dua tahun 10 bulan, jadi kita pun dalam proses terapi,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Azmi mengakui berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan anaknya memandangkan dia dan isteri tidak mampu melihat.

“Setakat ini, autisme dia disahkan tahap sederhana sebab bila panggil nama dia tak respons. Dia tak tahu pun yang kita panggil nama dia.

“Itu satu cabaran jugalah bila kita tak nampak dan dia pun tak respons.

“Dia kalau nak apa-apa pun dia tak cakap, dia ambil tangan kita dan bawa pergi ke tempat yang dia mahu,” kongsinya.

Bercerita lanjut, Azmi mendedahkan cabaran terbesar berdepan anak autisme apabila dia dan isteri tidak mampu melihat, terutamanya ketika anak meragam atau kesakitan.

“Mencabarnya ketika dia sakit. Kita tak tahu dia sakit, itu yang paling susah. Kalau demam, kita boleh rasa badannya panas. Banyak kali juga bangun tidur, tiba-tiba dia menangis, macam tantrum, kita tak tahu nak buat apa.

“Tapi kita terpaksa pegang dia walaupun dia meronta-ronta nak lepaskan diri. Bila dah lepaskan dia suruh kita peluk pula. Jadi tak tahu nak buat apa, kita layankan sajalah. Kita ada tanya orang yang berpengalaman pun ramai anak mereka ada ciri-ciri autisme yang sama,” jelasnya.

Ditanya mengenai tahap emosinya ketika ini, Azmi meluahkan harapan paling besar dalam hidup agar anaknya boleh bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Kalau cerita tentang anak, memang kalau boleh tak sabar nak dia pandai bercakap. Bukan nak dia bercakap lancar pun, yang penting dia pandai panggil ayah dan ibu.

“Itu pun dah cukup rasa puas. Sekarang kami memang menanti perkara itu,” tutupnya.

SEDAR kekurangan dirinya, Azmi sering mengetepikan soal terkilan apabila berdepan individu yang menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.

The post ‘Menanti anak panggil ayah, ibu, itu pun sudah puas’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:0013:0014:0015:00
Latest 15:09 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
10 Oct, 11:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Menanti anak panggil ayah, ibu, itu pun sudah puas’ · Malaysian Attention Engine