
‘Mencari Shahrul dan Syafika…’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Sekeping wang kertas RM20 yang tertera pesanan cinta buat pasangan bernama Shahrul dan Shafika mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dipercayai tercicir. (Kosmo!, 11:51)
Read the reporting
1 report
‘Mencari Shahrul dan Syafika…’
PETALING JAYA – Sekeping wang kertas RM20 yang tertera pesanan cinta buat pasangan bernama Shahrul dan Shafika mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dipercayai tercicir.
Perkongsian pengguna Threads @uchubelikau itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila memuat naik gambar wang kertas berkenaan yang mempunyai tulisan tangan berupa pesanan romantik.
Lebih menarik, wang kertas itu tertera pesanan, ‘Cinta sayang bilik B selamanya. Love you (cinta kamu) B. Shahrul dan Shafika’.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan turut meminta bantuan orang ramai untuk mencari pasangan tersebut dengan menulis.
“Mencari Shahrul dan Shafikah. Duit percintaan anda tercicir.”
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai komen, malah ada yang berseloroh mendakwa Shahrul dan Shafika mungkin sudah mendirikan rumah tangga.
Seorang pengguna Threads, @ssff.aabb, berkata nama pasangan berkenaan kebetulan sama dengan namanya dan pasangan.
“Eh nama pasangan kat duit tu sama dengan nama kami berdua. Tak apalah siapa yang jumpa tu kami dah halalkan sebab kamu dah kahwin,” katanya.
Sementara itu, @aqimkb berseloroh tidak menyangka individu yang menjumpai wang berkenaan mungkin terpaksa menjadi saksi kisah percintaan pasangan tersebut.
“Tak pasal-pasal nak kena jadi saksi percintaan mereka pula,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna @selendang.palkadot berkongsi pengalaman sendiri ketika zaman belajar kira-kira 17 tahun lalu.
“Saya pernah juga. Masa budak-budak dulu dekat u (universiti). Bila teringat, menyesal. Kalau la mata ini terbuka, akan ku pilih yang elok. Yang elok selalunya dah fly (sambung luar negara) dulu dah.
“Nak pesan, tak payah la bercinta masa belajar macam nak rak (beria). Kita perempuan kena pandai bawa diri. Ada duit sendiri penting. Kerja bagus pun penting,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mencari Shahrul dan Syafika…’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.