Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident52Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik46Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit45General : Haze: Boarding School Students Advised To Remain In Hostels During Closures - Fadhlina43AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say42World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang37Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran35Agong berkenan terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Minyak 5.09 tan dekat 'bangunan tinggal'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:02 MYTLatest activity 12 Oct, 07:02BMconfidence 60%

What happened

Minyak 5.09 tan dekat 'bangunan tinggal' (Harian Metro, 07:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Minyak 5.09 tan dekat 'bangunan tinggal'

By Mohd Jamilul Anbia Md Denin · 12 Oct, 07:02 MYT

anbia@hmetro.com.my

Klang: Kelihatan seperti premis ditinggalkan. Namun bangunan berpagar di sini, dijadikan lokasi rahsia menyimpan ribuan kilogram minyak masak subsidi diseleweng.

Aktiviti itu terbongkar apabila lebih 5.09 tan minyak masak serta kira-kira 5,000 liter cecair minyak masak bernilai RM211,872.50 disita.

Serbuan jam 9.15 pagi baru-baru ini, dilakukan 12 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama sembilan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah premis di Jalan Banting, Pelabuhan Klang.

Sumber berkata, risikan unit Seksyen Perisikan KPDN Putrajaya mendapati premis berpagar itu dipercayai digunakan sebagai 'markas' penyimpanan minyak masak.

"Lima pekerja ditahan ketika serbuan dijalankan. Ia membabitkan tiga lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing.

"Antara ditemui 2,544 kilogram minyak masak di dalam premis dan 2,547 kilogram lagi di dalam sebuah lori.

"Lima tangki besar pula mengandungi 5,000 liter cecair disyaki minyak masak subsidi. Penguat kuasa menyita dua lori, jentera pengangkat, tangki, pam elektrik, hos, tangki pelbagai saiz, mesin pemotong minyak masak serta 340 kotak minyak kosong.

"Siasatan awal mendapati tiada dokumen atau lesen sah berkaitan aktiviti penyimpanan dan urus niaga barang kawalan berjadual di premis," katanya.

Sementara itu dalam serbuan berasingan di Melaka, unit Seksyen Perisikan KPDN Putrajaya menemui 9 tan minyak masak disimpan dalam tangki khas.

Serbuan jam 11 pagi dilakukan di Kawasan Perindustrian, Bukit Rambai di sini hasil risikan Seksyen Perisikan KPDN.

Sebanyak 8,000 kilogram minyak masak ditemui dalam sembilan tangki di kawasan premis manakala 1,000 kilogram lagi ditemukan dalam dua tangki diletakkan di atas sebuah lori.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:13 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 07:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Minyak 5.09 tan dekat 'bangunan tinggal'
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.