
Missing hunter found weak after eight days in forest
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PADAWAN : A 53-year-old hunter who went missing after venturing into the forest alone was found weak and barefoot this morning (Oct 15), eight days after he disappeared in Kampung Emperoh Jambu here. (Sarawak Tribune, 12:03)
Read the reporting
2 reports
Lelaki hilang 8 hari berburu ditemukan lemah dalam hutan
KUCHING: Lelaki yang hilang ketika keluar berburu seorang diri sejak 7 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan lemah dan berkaki ayam selepas keluar sendiri dari hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, pagi tadi.
Christie Fidelis Batest, 53, ditemui kira-kira jam 8.47 pagi selepas lapan hari dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, ketika ditemukan mangsa berada dalam keadaan lemah selain mengalami beberapa luka kecil pada kedua-dua pergelangan kaki, pergelangan tangan dan lengan.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian menggunakan kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Polis merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan penduduk kampung atas kerjasama serta bantuan sepanjang operasi pencarian mangsa dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik laporan polis dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Siburan pada jam 9.31 malam, 8 Oktober lalu.
SAR membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), unit anjing pengesan K9, pasukan bomba sukarela serta penduduk kampung.
Sebelum itu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah pada jam 7.30 malam, 7 Oktober lalu, untuk berburu seorang diri di kawasan hutan kira-kira tiga kilometer dari kediamannya.
Mangsa turut membawa selaras senapang patah, manakala motosikal jenis Modenas berwarna biru miliknya ditemukan di kawasan berkenaan.
Kehilangan mangsa disedari adiknya, Marthia Batest, apabila lelaki itu tidak pulang sehingga jam 5 petang, 8 Oktober lalu.
Marthia kemudian berusaha mencari abangnya di kawasan sekitar serta bertanyakan kepada jiran, namun gagal menemui sebarang petunjuk mengenai keberadaannya.
Selepas pencarian berkenaan tidak membuahkan hasil, Marthia meminta bantuan ketua kampung, Boniface Lasek, kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pasukan bomba sukarela, sebelum laporan polis dibuat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sarawak Tribune) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSarawak Tribune12:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sarawak Tribune
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.