Malaysian Attention Engine
Live wire
52Menteri KKDW sakau? Dewan Rakyat kecoh! MP BN-DAP perang mulut51Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia47Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos44Business : Maybank Indonesia Eyes Ringgit For Fast Remittance Service Expansion44Jerebu: Masih ramai murid, pelajar sekolah tak pakai pelitup muka43Samsuri gesa formula peruntukan lebih adil, ikut keperluan negeri42Man shocked as banking glitch shows RM1 billion in his account40Business : Govt To Refine Approach To Electricity Tariff Next Year - DPM Fadillah40Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
AcceleratingConfirmedupdated 1 h ago

Sulaiman bertanding jika parti mahukannya

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
56
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 15:24 MYTLatest activity 15 Oct, 16:35BMconfidence 71%

What happened

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak menolak kemungkinan bertanding semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 14 November ini sekiranya diputuskan oleh pimpinan parti, meskipun berhasrat memberi laluan kepada muka baharu. (Berita Harian, 15:24)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Sulaiman bertanding jika parti mahukannya

By Farhana Yaacob · 15 Oct, 15:24 MYT

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak menolak kemungkinan bertanding semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 14 November ini sekiranya diputuskan oleh pimpinan parti, meskipun berhasrat memberi laluan kepada muka baharu.

"Sesiapa sahaja yang dicalonkan dan diarahkan oleh parti, kita wajib bantu. Walaupun saya sudah maklumkan hasrat (berundur), tetapi kalau dipaksa dan terpaksa, kita tetap kena bantu dan bertanding," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sulaiman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dalam Parlimen Masjid Tanah selama tiga penggal bermula 2013. Beliau sebelum ini menyatakan berhasrat tidak mempertahankan kerusi itu kerana mahu memberi peluang kepada individu lain.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRN lalu selepas memperoleh 4,486 undi untuk majoriti 3,104, sekali gus membantu meneruskan pentadbiran negeri selepas BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.

Sulaiman menjadi Ketua Menteri ke-12 Melaka dari Mac 2020 hingga Mac 2023. Susulan peletakkan jawatannya selepas itu, tempat beliau diambil alih ADUN Tanjung Bidara yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada 31 Mac tahun sama.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah menekankan faktor jantina dan umur bukan penentu utama bagi pemilihan calon, sebaliknya fokus harus diberikan kepada individu yang komited berkhidmat kepada rakyat.

"Saya tidak peduli sama ada calon itu lelak atau perempuan, muda atau tua. Yang penting dia boleh bekerja, mudah dihubungi, pandai berkomunikasi dan sentiasa ada untuk menyantuni rakyat dalam mana-mana kawasan," katanya.

Ditanya sama ada BN akan terus mampu mengekalkan kerusi Lendu, Sulaiman berkata, landskap dan trend pengundi kini semakin dinamik serta lebih bijak menilai kualiti sesebuah kepimpinan.

"Mereka bukan sahaja melihat parti, tetapi lebih fokus kepada kualiti dan perwatakan calon.

Mereka melihat sama ada calon itu boleh didekati, mendampingi rakyat, serta boleh dipimpin dan memimpin," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 44first news pick-upNEWACCELERATINGnow16:0017:00
Latest 17:33 MYT
44Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +100%, z 1.8

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 15:24 MYT
Origin confidence 90% · 70 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.