
Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 2025
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, dengan kadar kesuburan wanita turut merosot kepada 1.5 anak, sekali gus memperlihatkan trend penurunan kelahiran di negara ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).DOSM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan berdasarkan laporan Perangkaan Penting, Malaysia, 2026 yang diterbitkan hari ini, sebanyak 396,175 kelahiran hidup direkodkan tahun lepas berbanding 414,918 kelahiran pada 2024, iaitu pengurangan 18,743 kelahiran.Menurut DOSM, penurunan itu turut menyaksikan kadar kelahiran kasar (CBR) merosot (Sinar Harian, 12:34)
Read the reporting
2 reportsKelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 2025
PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, dengan kadar kesuburan wanita turut merosot kepada 1.5 anak, sekali gus memperlihatkan trend penurunan kelahiran di negara ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).DOSM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan berdasarkan laporan Perangkaan Penting, Malaysia, 2026 yang diterbitkan hari ini, sebanyak 396,175 kelahiran hidup direkodkan tahun lepas berbanding 414,918 kelahiran pada 2024, iaitu pengurangan 18,743 kelahiran.Menurut DOSM, penurunan itu turut menyaksikan kadar kelahiran kasar (CBR) merosot kepada 11.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk berbanding 12.2 kelahiran pada tahun sebelumnya."Semua kumpulan etnik utama merekodkan penurunan CBR pada 2025 berbanding 2024. Etnik Melayu merekodkan CBR tertinggi dengan 14.9 kelahiran, manakala etnik Cina kekal merekodkan CBR terendah dengan 5.0 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025," menurut kenyataan itu.DOSM memaklumkan semua negeri merekodkan penurunan CBR pada 2025 berbanding 2024 dengan Terengganu merekodkan CBR tertinggi iaitu 18.7 kelahiran, manakala Pulau Pinang merekodkan CBR terendah dengan 9.3 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.Menurut DOSM, kadar kesuburan jumlah (TFR) negara turut menurun daripada 1.6 anak pada 2024 kepada 1.5 anak pada 2025 bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun."Etnik Melayu kekal tidak berubah dan terus merekodkan TFR tertinggi dengan 1.9 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun. TFR bagi Bumiputera lain menurun daripada 1.6 anak pada 2024 kepada 1.5 anak pada 2025, manakala TFR bagi etnik India kekal tidak berubah pada 1.1 anak."Etnik Cina merekodkan TFR terendah, menurun daripada 0.9 anak kepada 0.7 anak pada 2025," menurut kenyataan itu.Di peringkat negeri, DOSM memaklumkan Terengganu merekodkan TFR tertinggi dengan 2.5 anak pada 2025, diikuti Kelantan (2.3) dan Pahang (1.8).Sebaliknya, Pulau Pinang merekodkan TFR terendah dengan 1.1 anak, menurun daripada 1.2 anak pada 2024.Menurut DOSM, bilangan kematian meningkat 0.4 peratus daripada 198,992 kematian pada 2024 kepada 199,807 kematian pada tahun sebelumnya."Kadar kematian kasar (CDR) kekal tidak berubah pada 5.8 kematian bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025. Etnik India merekodkan CDR tertinggi dengan 8.2 kematian, manakala Bumiputera lain merekodkan CDR terendah dengan 5.7 kematian pada 2025."Selain itu, CDR bagi etnik Cina menurun daripada 7.6 pada 2024 kepada 7.5 pada 2025," menurut kenyataan itu.DOSM memaklumkan Perak merekodkan kadar kematian kasar tertinggi iaitu 8.2 kematian bagi setiap 1,000 penduduk, manakala Putrajaya mencatatkan kadar terendah sebanyak 2.6 kematian. - Bernama
Why it is new
- 5 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian12:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Astro Awani (BM), Free Malaysia Today, Kosmo!, Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.