
Mohammad Danish bangkit raih anugerah khas industri Politeknik Ungku Omar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mohammad Danish bangkit raih anugerah khas industri Politeknik Ungku Omar (Utusan Malaysia, 06:32)
Read the reporting
1 report
Mohammad Danish bangkit raih anugerah khas industri Politeknik Ungku Omar
Saya pernah rasa saya gagal.”
Itulah pengakuan jujur graduan Politeknik Ungku Omar (PUO), Mohammad Danish Irfan Mohd Ikhwan, 22, yang pernah menganggap keputusan meninggalkan pengajian sebagai titik paling sukar dalam hidupnya, sebelum bangkit semula dan akhirnya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Industri pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Tengah 2026.
Graduan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) itu tidak pernah menyangka perjalanan yang pernah terhenti akibat kesilapan memilih bidang akhirnya membawanya kembali ke PUO dan melangkah ke pentas konvokesyen sebagai penerima pengiktirafan kecemerlangan graduan.
Mohammad Danish yang kini sudah mula bekerja berkata, buat masa ini beliau sedang membina pengalaman dalam dunia pekerjaan selain terus mencari peluang untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang yang diminatinya.
Namun, di sebalik kejayaan tersebut, perjalanan akademiknya tidak bermula dengan mudah.
Sebelum memilih bidang Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), dia pernah mengikuti pengajian dalam bidang Geomatik di PUO, namun mengambil keputusan untuk berhenti selepas menyedari bidang berkenaan tidak selari dengan minat dan kecenderungannya.
“Saya pernah berasa saya sudah gagal. Saya rasa saya gagal menjadi seorang anak yang mampu membanggakan ibu dan ayah.
“Ketika itu saya benar-benar hilang keyakinan terhadap diri sendiri dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Mohammad Danish merupakan anak sulung daripada dua beradik dan dibesarkan dalam keluarga sederhana yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan pendidikan dan masa depannya.
Ketika dia sendiri hampir berputus asa, ibunya menjadi insan yang tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang yang gagal.
Sebaliknya, ibunya terus percaya bahawa anaknya masih mempunyai peluang untuk bangkit dan mencipta kejayaan.
Menurut Mohammad Danish, ibunya sanggup berulang-alik bersamanya dari Batu Gajah ke PUO semata-mata untuk memastikan beliau meneruskan pendidikan dan tidak berputus asa terhadap masa depan.
“Ketika saya sendiri sudah tidak percaya kepada diri saya, ibu tetap percaya kepada saya.
“Ketika hati saya hampir mengalah, ibu terus memujuk dan memberi kekuatan supaya saya mencuba sekali lagi,” katanya.
Sokongan keluarga itu akhirnya menjadi titik perubahan apabila Mohammad Danish memberanikan diri kembali ke PUO, kali ini memilih bidang yang dirasakan lebih dekat dengan minat dan kecenderungannya.
“Bagi saya, selagi kita masih mahu mencuba, kita masih belum gagal sepenuhnya,” katanya.
Kini, pengalaman tersebut menjadi sebahagian daripada kisah kejayaannya apabila dipilih menerima Anugerah Khas Industri, berdasarkan rubrik dan kriteria pemilihan anugerah yang ditetapkan dalam majlis konvokesyen.
Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh, berkata kisah Mohammad Danish membuktikan bahawa kejayaan seseorang pelajar tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan laluan akademik yang dilaluinya, sebaliknya turut merangkumi keupayaan untuk bangkit selepas berdepan cabaran.
“Perjalanan Danish membuktikan bahawa kegagalan bukan pengakhiran kepada sebuah impian. Yang lebih penting ialah keberanian untuk mengenal pasti kekurangan, memperbaiki diri dan bangkit untuk mencuba sekali lagi.
“PUO amat berbangga dengan pencapaian Danish dan berharap kejayaannya menjadi inspirasi kepada pelajar lain bahawa setiap individu mempunyai ruang untuk berubah, berkembang dan mencipta kejayaan dalam laluan masing-masing,” katanya. – UTUSAN
The post Mohammad Danish bangkit raih anugerah khas industri Politeknik Ungku Omar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia06:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.