
MOONTON Games teliti peluang anjur acara MLBB berskala besar di Sarawak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUCHING: MOONTON Games sedia meneliti peluang untuk membawa acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berskala lebih besar ke Sarawak susulan sambutan luar biasa peminat pada Karnival Ulang Tahun ke-10 permainan mudah alih itu di negeri ini. (Berita Harian, 18:31)
Read the reporting
1 report
MOONTON Games teliti peluang anjur acara MLBB berskala besar di Sarawak
KUCHING: MOONTON Games sedia meneliti peluang untuk membawa acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berskala lebih besar ke Sarawak susulan sambutan luar biasa peminat pada Karnival Ulang Tahun ke-10 permainan mudah alih itu di negeri ini.
Ketua Penerbitan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kampus MOONTON Games, Jeffery Chan berkata pihaknya akan menilai potensi serta bentuk penganjuran yang bersesuaian sebelum memutuskan langkah seterusnya.
"Melihat sambutan hari ini, saya yakin akan ada acara lagi di sini. Persoalannya ialah bila.
"Kami perlu meneliti peluang yang ada dan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik serta lebih besar," katanya ketika ditemui pada hari kedua karnival itu di sebuah pusat beli belah terkenal di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan kenyataan berkenaan bukan pengesahan bahawa Liga Profesional MLBB (MPL) akan dianjurkan di Sarawak, memandangkan keputusan mengenai liga itu berada di bawah kendalian pasukan lain.
Menurut Chan, penganjuran itu mencerminkan penghargaan MOONTON Games kepada komuniti yang terus menyokong dan berkembang bersama MLBB sepanjang sedekad lalu.
"Permainan ini menemani mereka daripada zaman belajar hingga memasuki alam pekerjaan. Malah, ada yang kini sudah mempunyai anak," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 3,000 tiket jualan awal habis dijual dalam tempoh seminggu dengan jumlah keseluruhan pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran dianggarkan antara 7,000 hingga 10,000 orang, termasuk pengunjung tanpa tempahan awal.
Karnival yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober itu turut menggabungkan elemen muzik dan permainan video, dengan persembahan artis tempatan termasuk Ara Johari, Ismail Izzani dan SonaOne menjadi antara tarikan pada hari kedua.
Kehadiran pemain Selangor Red Giants (SRG), termasuk pemain Malaysia, Stormie turut mencetuskan keterujaan peminat menerusi sesi bertemu peminat dan perlawanan santai.
Antara personaliti permainan video yang turut memeriahkan program hari kedua ialah Soloz, Feekz, Makdi, Obot, Rippo, Moonji, XK Penjahat, Ombong dan Mars.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.