
Mourinho mengamuk, hukuman Vinicius cetus kontroversi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Rom: Jose Mourinho mengkritik keputusan "tidak tahu malu" pihak berkuasa bola sepak Sepanyol yang mengumumkan penggantungan empat perlawanan terhadap pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior, hanya beberapa jam sebelum aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Roma bermula. (Harian Metro, 07:14)
Read the reporting
1 report
Mourinho mengamuk, hukuman Vinicius cetus kontroversi
Rom: Jose Mourinho mengkritik keputusan "tidak tahu malu" pihak berkuasa bola sepak Sepanyol yang mengumumkan penggantungan empat perlawanan terhadap pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior, hanya beberapa jam sebelum aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Roma bermula.
Pemain antarabangsa Brazil itu dikenakan hukuman berkenaan pada Rabu selepas dilayangkan kad merah ketika kemenangan 1-0 Real ke atas Villarreal dalam saingan La Liga, Ahad lalu, akibat menarik rambut pemain lawan.
Penggantungan itu memberi tamparan besar kepada Mourinho apabila dia kehilangan salah seorang penyerang utama bagi menghadapi beberapa aksi penting liga, termasuk pertembungan El Clasico menentang seteru, Barcelona, yang mendahului Real dengan kelebihan enam mata di puncak liga.
Vinicius diturunkan ketika skuad kendalian Mourinho melakukan kebangkitan luar biasa pada penghujung perlawanan untuk menewaskan Roma 4-3 dalam aksi UCL, selepas ketinggalan 1-3 dengan baki tujuh minit permainan.
Bagaimanapun, pengendali dari Portugal itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap masa pengumuman hukuman berkenaan yang didakwanya mengganggu persiapan pasukan ketika sidang media selepas perlawanan.
Mourinho berkata: "Adakah anda fikir perkara ini normal apabila seorang pemain daripada pasukan Sepanyol, yang perlu beraksi dalam perlawanan penting untuk bola sepak Sepanyol, mengetahui dia digantung empat perlawanan hanya dua jam sebelum perlawanan bermula?
"Tidak bolehkah mereka mengumumkannya sekarang? Tidak bolehkah mereka melakukannya esok pagi? Adakah kami perlu menaiki bas dan hampir tiba di stadium sebelum mengetahui Vinicius digantung empat perlawanan?"
Mourinho menambah: "Mereka melakukan perkara tanpa rasa malu sekarang. Perkara ini sudah terbongkar. Seorang pemain perlu mengetahui dia digantung empat perlawanan hanya dua jam sebelum perlawanan.
"Pasukan Sepanyol yang menyumbang tiga mata untuk bola sepak Sepanyol, kedudukan ranking dan prestij bola sepak negara itu. Anda mahu menjatuhkan semangat seorang pemain dua jam sebelum perlawanan; bagi saya, perkara itu tidak normal."
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.