
Muhyiddin gesa kerajaan wujud pelan induk banteras kemiskinan bandar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Muhyiddin Yassin berkata pembangunan pesat di bandar besar perlu dirancang dengan mengambil kira keperluan golongan miskin supaya mereka tidak semakin tertekan atau terpinggir. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mewujudkan pelan induk khusus bagi menangani kemiskinan di kawasan bandar dan separa bandar dalam tempoh lima tahun akan datang. (Free Malaysia Today, 14:18)
Read the reporting
2 reports
Muhyiddin gesa kerajaan wujud pelan induk banteras kemiskinan bandar
Muhyiddin Yassin berkata pembangunan pesat di bandar besar perlu dirancang dengan mengambil kira keperluan golongan miskin supaya mereka tidak semakin tertekan atau terpinggir. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mewujudkan pelan induk khusus bagi menangani kemiskinan di kawasan bandar dan separa bandar dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bekas perdana menteri itu berkata pelan berkenaan perlu memberi tumpuan kepada perumahan, kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan bantuan sosial, dengan penglibatan agensi merentas kementerian bagi memastikan pelaksanaannya lebih menyeluruh dan berkesan.
“Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia dan Negeri 2024, jurang kemiskinan dan pendapatan antara bandar dengan luar bandar masih ketara. Kemiskinan mutlak luar bandar kekal pada 10% pada 2024. Pendapatan median isi rumah luar bandar hanya RM4,588 berbanding RM8,139 di bandar.
“Kemiskinan bandar juga menjadi isu yang semakin meruncing. Kadar kemiskinan mutlak bandar ialah 3.7% pada 2024, menurun daripada 4.5% pada 2022.
“Namun, kemiskinan relatif kekal tinggi pada 16.7%. Ini menunjukkan cabaran ketidaksamaan dan kos sara hidup masih relevan, termasuk dalam konteks bandar,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata pembangunan pesat di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru perlu dirancang dengan mengambil kira keperluan golongan miskin supaya mereka tidak semakin tertekan atau terpinggir.
“Suatu perancangan khusus hendaklah diadakan untuk memastikan golongan miskin bandar mendapat peluang ekonomi dan pendidikan untuk memajukan diri dan keluarga hasil daripada limpahan pembangunan di kawasan bandar,” katanya.
Bimbang sasaran sara diri beras menurun
Dalam ucapannya, Muhyiddin turut membangkitkan kebimbangan berhubung sasaran kadar sara diri (SSR) beras yang ditetapkan pada 54% bagi 2027, berbanding sasaran sebelumnya 59.9%.
Katanya, sasaran itu menimbulkan persoalan memandangkan pencapaian sebenar pada 2025 ialah 54.3%, sedangkan Rancangan Malaysia Ke-13 menetapkan sasaran SSR beras sebanyak 80% menjelang 2030.
“Kalau nak dianggap ini satu krisis, saya fikir ia sudah satu krisis bagi saya. Kita sudah sampai satu detik kritikal sekarang ini untuk menentukan langkah-langkah lebih tegas dan berani,” katanya.
Beliau mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri untuk tempoh lima tahun bagi merangka pelan tindakan lebih tegas untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Menurutnya, antara isu yang perlu diberi perhatian ialah tanah pertanian yang tidak digunakan serta peningkatan kos input pertanian.
Muhyiddin turut menggesa kerajaan melancarkan semula “Revolusi Hijau” bagi meningkatkan pengeluaran beras dan hasil makanan lain.
“Jangan salah faham macam hijau sebelah sana itu (PAS). Revolusi Hijau maknanya kita galakkan, giatkan dan ambil langkah drastik meningkatkan pengeluaran negara dalam semua hasil yang kita boleh bekalkan,” katanya, dipercayai merujuk secara berseloroh kepada PAS.
Sambut baik tindakan susulan RCI TH
Muhyiddin turut menyambut baik tindakan kerajaan melaksanakan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, namun mengingatkan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu dihormati dalam sebarang prosiding mahkamah.
“Saya menggesa supaya kerajaan melaksanakan agenda reformasi institusi dengan lebih tuntas dan telus serta menguatkuasakan undang-undang secara adil dan saksama tanpa pilih kasih dan tanpa mengira pangkat, warna kulit dan fahaman politik.
“Saya juga mengalu-alukan sebarang langkah yang akan diambil untuk meneliti semula laporan-laporan yang melibatkan ketirisan dalam institusi berkaitan kerajaan seperti Felda dan lain-lain badan pada masa hadapan,” katanya.
Selain itu, Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah menyeluruh untuk meningkatkan kadar upah pekerja, termasuk menawarkan insentif kepada industri yang membayar gaji lebih tinggi selaras dengan kelayakan dan kemahiran pekerja, khususnya dalam bidang teknologi tinggi.
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
- SpreadYouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- LanguageFirst mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- LanguageFirst English coverage (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:18
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)15:48 · +90 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.