Malaysian Attention Engine
Live wire
54PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini52Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold52Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah48Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45Business : BNM Launches Scripless Securities Depository System To Support Tokenised Bond, Sukuk Issuance45‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’45Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies44Penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan meningkat42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate
AcceleratingConfirmedupdated 54 min ago

Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
41
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 16:51 MYTLatest activity 20 Oct, 17:12BMconfidence 76%

What happened

Pelaburan bernilai tinggi tidak semestinya menjamin peningkatan pendapatan sekiranya pekerja dan pembekal tempatan gagal menyertai rantaian nilai. (Astro Awani (BM), 16:51)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Impak pelaburan perlu diukur berdasarkan gaji, pekerjaan

By Mohd Zaky Zainuddin · 20 Oct, 17:05 MYT

PUTRAJAYA: Pelaburan bernilai tinggi tidak semestinya menjamin pendapatan tinggi kepada rakyat sekiranya tenaga kerja dan pembekal tempatan tidak berupaya menyertai rantaian nilai, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata, penilaian terhadap pelaburan perlu diperluas dengan mengambil kira kesannya terhadap peluang pekerjaan, perkembangan gaji, kemahiran, produktiviti serta keupayaan perusahaan tempatan, bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan yang direkodkan.

"Pelaburan bernilai tinggi tidak semestinya menghasilkan pendapatan tinggi jika tenaga kerja dan pembekal tempatan tidak dapat menyertai rantaian nilai," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2026 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah, pada sambutan bertemakan 'Statistik Nadi Kehidupan' itu.

Akmal Nasrullah berkata, statistik pelaburan perlu dibaca bersama data pekerjaan, gaji, kemahiran, produktiviti dan keupayaan perusahaan bagi memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai manfaat aktiviti ekonomi kepada negara.

Beliau berkata, pendekatan itu penting ketika Malaysia berdepan cabaran struktur ekonomi, termasuk pertumbuhan produktiviti yang perlu dipercepat, ketidakpadanan antara kemahiran dengan keperluan industri serta perbezaan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berbanding syarikat besar.

Jelasnya, keputusan ekonomi tidak boleh lagi bergantung kepada andaian semata-mata, sebaliknya perlu disokong data tepat, analisis bernas dan kesediaan mengubah pendekatan apabila bukti menunjukkan hasil yang belum memadai.

Dalam konteks perancangan pembangunan, beliau berkata, penilaian dasar perlu beralih daripada jumlah perbelanjaan kepada hasil yang benar-benar dicapai, selain melihat kumpulan yang memperoleh manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.

Katanya, kemajuan negara tidak seharusnya diukur berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kemampuan keluarga memperoleh pendapatan mencukupi, pendidikan baik, pekerjaan bermutu dan simpanan ketika kecemasan.

Sehubungan itu, tegasnya, kejayaan dasar perlu dinilai berdasarkan perubahan yang dialami rakyat, bukan semata-mata jumlah peruntukan atau bilangan penerima sesuatu program.

"Usaha meningkatkan pendapatan pekerja juga berkait rapat dengan produktiviti dan kemahiran, termasuk memastikan peningkatan nilai kerja diterjemahkan kepada ganjaran yang lebih baik sepanjang kerjaya," katanya.

Akmal Nasrullah berkata, bahagian pampasan pekerja kepada KDNK meningkat daripada 33.6 peratus pada 2024 kepada 33.9 peratus pada 2025, manakala Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) menyasarkan bahagian itu mencapai 40 peratus menjelang 2030.

Katanya, angka berkenaan perlu dinilai bersama perkembangan upah, produktiviti, kemahiran dan kos sara hidup bagi memastikan pertumbuhan ekonomi memberikan pulangan lebih adil kepada pekerja.

Beliau turut mengingatkan, kenaikan gaji minimum saja tidak mencukupi kerana kerajaan perlu menilai risiko pemampatan jurang upah, iaitu apabila perbezaan ganjaran antara pekerja baharu dengan pekerja lebih mahir atau berpengalaman semakin mengecil.

"Penilaian itu perlu mengambil kira struktur kemahiran, produktiviti serta kemampuan majikan, khususnya perbezaan kapasiti antara PMKS dengan syarikat besar, bagi memastikan perkembangan gaji kekal munasabah sepanjang kerjaya," katanya.

Dalam usaha memperkukuh penilaian berkenaan, Akmal berkata, Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) membantu kerajaan menilai kecukupan pendapatan dengan mengambil kira lokasi, saiz dan komposisi isi rumah.

Beliau berkata, apabila data gaji dan produktiviti digabungkan dengan PAKW, kerajaan dapat mengenal pasti jurang antara pendapatan dengan keperluan kehidupan, sekali gus merangka intervensi yang lebih tepat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • 3 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 50first news pick-upNEWRISINGACCELERATINGnow17:0018:00
Latest 18:02 MYT
41Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +300% with positive acceleration

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
20 Oct, 16:51 MYT
Origin confidence 90% · 14 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    16:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Pelaburan tinggi belum jamin pendapatan rakyat meningkat
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate
Pertumbuhan ekonomi mesti dirasai semua rakyat
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.