Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 7 h ago

Myanmar Sedia Terima Ribuan Rakyatnya Dari Malaysia & Tanggung Kos Penghantaran Pulang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
15
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 01:35 MYTLatest activity 9 Oct, 01:35BMconfidence 60%

What happened

Myanmar Sedia Terima Ribuan Rakyatnya Dari Malaysia & Tanggung Kos Penghantaran Pulang (SAYS, 01:35)

Read the reporting

1 report
Photo: SAYS
SAYS·News·BM·2 min read

Myanmar Sedia Terima Ribuan Rakyatnya Dari Malaysia & Tanggung Kos Penghantaran Pulang

9 Oct, 01:35 MYT

Sehingga kini seramai 10,493 warga Myanmar telah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.

Cover Image
Cover Image

Cover image via BERNAMA & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Myanmar bersedia menerima penghantaran pulang rakyatnya dari Malaysia dalam jumlah besar, termasuk antara 3,000 hingga 4,000 individu yang kini ditempatkan di depoh Imigresen

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Myanmar turut bersedia menanggung sendiri kos penghantaran pulang rakyatnya yang disahkan berasal dari negara berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini seramai 10,493 warga Myanmar telah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.

Myanmar juga menyatakan kesediaan untuk menerima rakyatnya yang masih berada di Malaysia, tertakluk kepada rekod, peraturan serta prosedur yang ditetapkan.

SAYS.com
SAYS.com

"Hingga kini, 10,493 warga dan rakyat Myanmar sudah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut dan terima kasih kepada tentera laut kita atas kerjasama itu. "Anda menyatakan bahawa mereka yang berada di depoh, antara 3,000 hingga 4,000 orang akan dihantar pulang dan sesiapa yang dapat disahkan berasal dari Myanmar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Min Aung Hlaing sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Myanmar itu ke Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata berdasarkan pengalamannya, sangat sedikit, malah hampir tiada negara yang sanggup menerima penghantaran pulang rakyat mereka dalam jumlah besar selain menanggung sendiri kos berkenaan

"Anda juga menyatakan bahawa mereka yang masih berada di sini, tertakluk kepada rekod yang ada, akan dirundingkan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri bersama rakan sejawatnya. "Anda bersedia menerima mereka mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Justeru, sebagai sebuah kerajaan, sudah tentu kami perlu merakamkan penghargaan," katanya.

Walau bagaimanapun, Anwar berkata proses pengesahan identiti dan semakan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan individu terbabit benar-benar berasal dari Myanmar serta tidak mempunyai rekod jenayah semasa atau rekod lain.

Katanya, semua proses berkenaan akan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Text and pictures from SAYS, shown with attribution.Read at SAYS

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 16NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
15New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (SAYS) source

Where it started

SAYS (News)
9 Oct, 01:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News
    SAYS
    01:35
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.