
NADMA gesa langkah tangani jerebu dipergiat, lindungi murid sekolah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggesa semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mempergiat langkah menangani jerebu. (Utusan Malaysia, 15:23)
Read the reporting
3 reports
NADMA gesa tindakan tangani jerebu dipergiat di seluruh negara
asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggesa semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mempergiat tindakan menangani jerebu melalui mesyuarat penyelarasan secara berkala, pemantauan kualiti udara berterusan dan tindakan segera oleh agensi berkaitan.
Langkah itu bagi melindungi kesihatan serta keselamatan rakyat, khususnya murid sekolah.
NADMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gesaan itu susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 16 September lalu di Kuching, Sarawak.
Menurut kenyataan itu, ia diperkukuh melalui perbincangan antara agensi pada 13 Oktober lalu membabitkan NADMA, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bagi memastikan tindakan menangani jerebu dilaksanakan secara tersusun serta berkesan.
"Penyelarasan itu memberi penekanan kepada tanggungjawab setiap agensi untuk mengambil tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing, di samping memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan tanpa menjejaskan kelangsungan pendidikan secara berpanjangan.
"Bagaimanapun, pelaksanaan keputusan berkaitan pengoperasian sekolah adalah tertakluk kepada garis panduan KPM serta penilaian keadaan semasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, NADMA akan terus memperkukuh penyelarasan dan perkongsian maklumat antara agensi khususnya data kualiti udara, perkembangan cuaca serta nasihat kesihatan.
"Ini bagi menyokong keputusan pihak berkuasa berkaitan serta memastikan tindakan di lapangan dilaksanakan secara teratur.
"NADMA turut menegaskan bahawa tindakan menangani jerebu hendaklah berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan mengambil kira bacaan indeks pencemaran udara (IPU), keadaan cuaca, risiko pembakaran terbuka dan risiko terhadap kesihatan awam," katanya.
Sehubungan itu, JPBN perlu memantau keadaan secara berterusan, menyelaras tindakan agensi serta memastikan anggota, peralatan dan sumber yang mencukupi tersedia di kawasan terjejas.
Menurut kenyataan itu, sekiranya keadaan bertambah serius, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) hendaklah diaktifkan mengikut keperluan operasi dan tatacara berkuat kuasa bagi mempercepat penyelarasan tindakan serta bantuan kepada penduduk yang terjejas.
"Orang ramal dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara merosot, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.
"Ibu bapa juga diminta mengikuti pengumuman rasmi KPM dan pihak sekolah berhubung sebarang perubahan pengoperasian sekolah," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih, orang ramai disarankan supaya merujuk portal rasmi jabatan dan agensi berkaitan.
Bagi Jabatan Alam Sekitar (JAS), maklumat terkini bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh diperolehi melalui https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main.
Manakala bagi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), maklumat dan ramalan cuaca semasa boleh diperolehi melalui pautan https://www.met.gov.my.
Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nasihat dan panduan kesihatan berkaitan jerebu boleh diperolehi melalui https://www.moh.gov.my," kata kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
- NewsFirst news outlet reports it (Astro AWANI (YouTube)) source
- SpreadYouTube discussion begins (Astro AWANI (YouTube)) source
- StateRising
4 sources, growth +300%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +100% with positive acceleration
- StatePeak
acceleration no longer positive
- StateCooling
velocity 0.017/min under half of peak 0.050
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:23
- Step 2YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)15:27 · +4 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.