Malaysian Attention Engine
Live wire
51`Orang baik ini kita nak pertahankan, orang ini yang pimpin negara kita' - PM pertahan Anthony Loke51Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar46'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil45Kes Nhaveen: Pendakwaan kemuka empat alasan utama mohon empat tertuduh disabit kesalahan4415,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran44Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis42Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis42General : Parliamentary Service Council Expected To Be Fully Operational By December - Johari40Jangan lantik ulama ‘zalim’ Mesir jadi penasihat, Saifuddin beritahu Anwar40General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar39Saudi Aramco administrative building attacked, limited fire reported38Fruit seller killed, another injured as logging trailer crashes near Sandakan
NewConfirmedupdated 1 h ago

Pendatang Pakistan paling ramai ditahan JPJ, tiada lesen dan cukai jalan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 15:56 MYTLatest activity 14 Oct, 16:16BMconfidence 69%

What happened

Seremban: Tidak gentar tindakan undang-undang. Itu kesimpulan terhadap tindakan warga asing di negeri ini yang berani menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen sah. (Berita Harian, 15:56)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Pendatang Pakistan paling ramai ditahan JPJ, tiada lesen dan cukai jalan

By Ahmad Hasbi · 14 Oct, 15:56 MYT

Seremban: Tidak gentar tindakan undang-undang. Itu kesimpulan terhadap tindakan warga asing di negeri ini yang berani menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen sah.

Difahamkan warga asing ini menggunakan motosikal untuk menjual aiskrim, menjual roti dan mengambil upah memotong rumput.

Malah lebih mengejutkan ada di antara mereka yang turut memandu kenderaan mewah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu, berkata bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Oktober lalu, sebanyak 3,741 kenderaan diperiksa sebelum 498 daripadanya diambil tindakan membabitkan 2,710 notis.

"Manakala sepanjang tahun lalu, sebanyak 4,811 kenderaan diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 746 diambil tindakan dengan 3,588 notis dikeluarkan.

"Warga Pakistan mencatatkan pemandu warga asing paling ramai yang diambil tindakan membabitkan 244 kenderaan dengan 1,091 notis dikeluarkan pada 2025.

"Manakala pada 2026, sebanyak 197 daripada 1,683 kenderaan yang diperiksa diambil tindakan dengan 888 notis dikeluarkan membabitkan warga Pakistan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kawasan Sikamat di Seremban dan Nilai menjadi lokasi panas warga asing yang dikesan kerap melanggar peraturan jalan raya.

"Kebanyakan daripada mereka ini adalah warga Pakistan, Indonesia dan Bangladesh yang melakukan pelbagai kerja menggunakan kenderaan yang disita seperti motosikal roda tiga.

"Berdasarkan statistik pada 2025, sejumlah 374 kes membabitkan motosikal, 205 kes kereta, 121 kes kenderaan perkhidmatan awam dan 46 kes kenderaan perdagangan barangan.

"Bagi tempoh Januari hingga 11 Oktober tahun ini, jumlah yang direkodkan ialah 313 kes kategori motosikal, 149 kereta dan 36 kenderaan perdagangan barangan.

"Pihak kami juga mengesan kenderaan mewah yang dipandu warga asing dikesan melanggar peraturan jalan raya dan disita membabitkan sebuah Toyota Velfire dipandu warga Bangladesh, dua Mercedes A250 masing-masing dipandu warga Pakistan dan China serta sebuah BMW Limousine dipandu etnik Rohingya," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan warga asing menggunakan kenderaan yang dipinjam daripada rakan atau menyewanya daripada warga tempatan.

Justeru kata beliau, pihaknya mengingatkan semua pemilik dan pengguna kenderaan supaya memastikan setiap kenderaan yang digunakan di jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Bukan sahaja warga asing, pihak kami juga akan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan sama ada majikan atau individu persendirian yang dikesan melanggar peraturan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow16:00
Latest 16:41 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 15:56 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.