
Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar (Google News Malaysia (BM), 15:50)
Read the reporting
3 reports
Anwar tidak lupa jasa pemandu teksi ketika susah
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau tidak pernah melupakan jasa pemandu teksi yang disifatkannya antara penyokong paling tegar ketika beliau melalui detik sukar pada 1998.
Perdana Menteri berkata, sokongan golongan itu ketika era reformasi menjadi antara sebab beliau mahu memastikan kebajikan pemandu teksi terus diberikan perhatian selepas menerajui kerajaan.
"Masa saya susah, kena terajang, kena pukul, masuk lokap, orang ini yang bantu saya! Takkan bila dah jadi Perdana Menteri, orang (pemandu teksi) minta RM1,000 saya nak kata tak boleh?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pemberian Bantuan Khas Kewangan Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Pemandu Bas Sekolah, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pemandu teksi berhak mendapat sokongan dan penghargaan kerana majoriti golongan itu bekerja keras mencari rezeki yang halal, meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk persaingan dengan perkhidmatan e-panggilan.
Mengimbau pengalaman ketika berdepan kesukaran pada 1998, beliau berkata, pemandu teksi bukan sahaja membantu penyokongnya, malah turut menghulurkan sumbangan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Katanya, ketika beliau ditahan dan sebahagian penyokongnya dipenjarakan atau dipukul, perhimpunan diadakan setiap malam di kediamannya, manakala penjaja kecil di sekitar Kerinchi membantu menyediakan makanan untuk mereka yang bekerja dan keluarga.
"Siapa bawa? Teksi tolong hantar. Siapa bayar? Tak bayar. Teksi tolong hantar kuih ke rumah bagi orang-orang yang kerja dan keluarga makan," katanya.
Anwar turut berkongsi kisah seorang lelaki dari Nilai, Negeri Sembilan, yang pernah dibantunya membaiki rumah yang mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dengan kos kira-kira RM2,000 hingga RM3,000.
Beliau berkata, lelaki yang menjalankan perniagaan telur masin itu kemudian berhasrat menghantar telur masin ke rumahnya di Bukit Damansara sebagai tanda penghargaan atas bantuan yang pernah diterima.
Anwar berkata, pengalaman berkenaan antara kisah yang membuatkan beliau terus mengingati jasa pemandu teksi, khususnya ketika melalui tempoh sukar dalam perjuangan politiknya.
Beliau berkata, sumbangan golongan itu wajar dihargai kerana mereka bukan sahaja mencari rezeki untuk keluarga, malah turut menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Katanya, kerajaan perlu melihat kesusahan rakyat secara menyeluruh dan mencari jalan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan, termasuk pemandu teksi.
"Kerajaan tidak mampu menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata, namun pelbagai langkah boleh dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan.
"Jadi sebab itu, kita tengok semua aspek yang mampu kita lakukan. Orang tanya saya, sebab apa tak buat projek mega lagi? Saya kata, bila kita ambil alih, kita nak fikir wang untuk sekolah cukup ke tidak," katanya.
Anwar turut menegaskan bahawa sumbangan golongan bawahan tidak seharusnya dipandang ringan, sebaliknya perlu dihargai sebagaimana penghargaan diberikan kepada golongan profesional.
Katanya, semua golongan masyarakat memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Ini komitmen Kerajaan MADANI," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 4 mentions in the last hour after none the hour before
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- SpreadYouTube discussion begins (Astro AWANI (YouTube)) source
- StateRising
4 sources, growth +400%, z 0.0
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)15:50
- Step 2YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)16:38 · +49 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.