Malaysian Attention Engine
Live wire
5412 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat46Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 202641No, QR payments are not getting a service charge from Nov 1, says Finance Ministry4127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang39General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan36Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah36General : Six Women Honoured At YTF Women In Technology Awards 202635Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda35Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Negara tua: Universiti perlu lahir lebih ramai penjaga warga emas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:30 MYTLatest activity 18 Oct, 10:30BMconfidence 60%

What happened

Peserta yang menamatkan kursus dan memperoleh sijil boleh diberikan kepercayaan untuk menjaga warga emas sekali gus membantu keluarga yang memerlukan khidmat itu. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Universiti perlu memperluas kursus jangka pendek penjagaan warga emas bagi melahirkan lebih ramai penjaga terlatih menjelang Malaysia menjadi negara tua pada 2048, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Mohammad Shatar Sabran. (Free Malaysia Today, 10:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Negara tua: Universiti perlu lahir lebih ramai penjaga warga emas

By Faiz Zainudin · 18 Oct, 10:30 MYT

Peserta yang menamatkan kursus dan memperoleh sijil boleh diberikan kepercayaan untuk menjaga warga emas sekali gus membantu keluarga yang memerlukan khidmat itu. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Universiti perlu memperluas kursus jangka pendek penjagaan warga emas bagi melahirkan lebih ramai penjaga terlatih menjelang Malaysia menjadi negara tua pada 2048, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata, kursus yang disahkan dari segi kualiti itu boleh membantu anak-anak menjaga ibu bapa, selain membuka peluang kepada peserta menawarkan khidmat penjagaan secara sambilan.

“Saya di MQA apa yang telah saya pesan kepada semua universiti adalah menawarkan kursus jangka pendek untuk penjagaan warga tua dan kursus-kursus ini mempunyai verifikasi kualiti,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, peserta yang menamatkan kursus dan memperoleh sijil boleh diberikan kepercayaan untuk menjaga warga emas, sekali gus membantu keluarga yang memerlukan khidmat berkenaan.

Mohammad Shatar Sabran. Shatar yang juga pakar sosial berkata, model penjagaan mengikut jam seperti yang ditawarkan bagi kanak-kanak juga boleh diterapkan untuk warga emas, mengikut keperluan keluarga.

Katanya, beberapa universiti sudah menawarkan kursus sedemikian, namun pelaksanaannya masih belum meluas dan perlu diperluas bagi memenuhi permintaan.

Pada 5 Okt lalu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir berkata, Malaysia hanya mempunyai tempoh kira-kira 27 tahun untuk membuat persiapan menyeluruh bagi menghadapi status negara tua menjelang 2048, iaitu fasa peralihan jauh lebih pantas berbanding beberapa negara maju.

Katanya, tempoh singkat itu memberi ruang masa terhad kepada kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara berbanding Perancis yang mengambil 115 tahun, Australia (73 tahun) dan Amerika Syarikat (69 tahun).

Sementara itu, mengulas cadangan NGO Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach) supaya kerajaan memberi pelepasan cukai pendapatan kepada anak menanggung bayaran sewa atau ansuran pinjaman perumahan ibu bapa bagi meringankan beban kewangan mereka, Shatar berkata insentif tersebut boleh menggalakkan anak mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan golongan terbabit, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan risiko pengabaian warga emas termasuk kes kematian senyap.

“Kalau hubungan baik dan anak sentiasa mengambil tanggungjawab, mereka akan sentiasa memantau ibu bapa. Sekurang-kurangnya, risiko kes seperti kematian senyap dapat dikurangkan walaupun kita mungkin tidak dapat menghapuskannya secara keseluruhan,” katanya.

Pada 14 Okt lalu, Ketua Penyelaras Reach, Iskandar Samad, berkata cadangan itu selaras usaha kerajaan memperkukuh kebajikan warga emas susulan pengumuman Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika membentangkan belanjawan itu pada 9 Okt lalu mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima.

Bagaimanapun, Shatar menegaskan penjagaan warga emas tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya memerlukan kerjasama keluarga, NGO dan masyarakat.

Katanya, kegagalan menyediakan penjagaan sewajarnya juga boleh meningkatkan beban kewangan kerajaan, termasuk kos berkaitan pengurusan kes kematian senyap dan penjagaan di pusat jagaan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow12:00
Latest 12:09 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
18 Oct, 10:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    10:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.