Malaysian Attention Engine
Live wire
54Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan50General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am47Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak47Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok45Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF44Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya – Siti Nurhaliza43Mayat ditemukan dibungkus kain putih, 'dibuang' dalam longkang pasar42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Mayat dibungkus kain putih dalam longkang pasar39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Adly lebih sesuai jadi ‘poster boy’ PH Melaka, kata pemimpin Amanah37Golden Tigers terima durian runtuh RM160,000
NewConfirmedupdated 2 h ago

OAG, penyair, indie band gegar AKAR//NEXT 2026

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 08:45 MYTLatest activity 13 Oct, 08:45BMconfidence 80%

What happened

BUAT julung kalinya, sebuah festival budaya kontemporari berskala besar, AKAR//NEXT 2026 bakal menggegarkan Pasar Seni selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026. (Kosmo!, 08:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

OAG, penyair, indie band gegar AKAR//NEXT 2026

By NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI · 13 Oct, 08:45 MYT

BUAT julung kalinya, sebuah festival budaya kontemporari berskala besar, AKAR//NEXT 2026 bakal menggegarkan Pasar Seni selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026.

Dianjurkan Goodseed Event, festival bertemakan One Root. Infinite Futures festival bakal menyatukan elemen muzik, seni, fesyen, makanan, produk kreatif, dan pengalaman digital di bawah satu bumbung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hilli Fahmi, acara tersebut membuktikan bahawa evolusi teknologi dan kreativiti mampu menjadikan budaya tempatan kekal relevan serta terus berkembang mengikut arus moden.

“AKAR//NEXT lahir daripada idea untuk membawa akar budaya kita ke satu ruang yang lebih segar, terbuka dan relevan dengan generasi hari ini.

“Kami mahu menunjukkan bahawa budaya bukan sesuatu yang statik atau hanya untuk dikenang, tetapi boleh terus berkembang melalui muzik, seni, fesyen, kreativiti dan teknologi.

“Melalui tema ‘One Root. Infinite Futures.’, kami melihat satu akar sebagai permulaan kepada pelbagai kemungkinan.

“AKAR//NEXT adalah ruang untuk meraikan apa yang membentuk kita, sambil memberi peluang kepada generasi baharu untuk mencipta apa yang akan datang seterusnya,” katanya pada sidang media pelancaran acara terbabit di sini baru-baru ini.

OAG

Tambahnya, kumpulan OAG diumumkan sebagai artis utama yang bakal menggegarkan festival, disusuli barisan kumpulan indie popular serta penyair dan penyajak tanah air.

“Sebenarnya kami sedang berusaha untuk membawa jemputan daripada Indonesia dan Thailand. Cuma kerana ini tahun pertama, mungkin kami belum ada pendedahan berkenaan apa yang kita nak bawa.

“Buat masa sekarang kami masih menunggu jawapan daripada jemputan Indonesia dan Thailand,” kongsinya.

Menjadi taruhan terbesar Goodseed Event setakat ini, Hilli turut memaklumkan penganjuran ini menuntut perancangan teliti dalam menyatukan komuniti seni, pemuzik, pengusaha kraf dan rakan strategik ke dalam satu platform.

“Goodseed Event menganjurkan pelbagai acara dan festival sebelum ini, dan pengalaman tersebut banyak membantu kami dalam membangunkan AKAR//NEXT. Namun, kami tidak menafikan bahawa AKAR//NEXT merupakan festival terbesar yang pernah kami usahakan.

“Ini merupakan satu cabaran besar untuk kami, bukan sahaja dari segi skala, tetapi juga dalam menyatukan pelbagai elemen seperti muzik, budaya, seni, komuniti dan kreativiti ke dalam satu pengalaman yang mempunyai identiti tersendiri.

“Kami mahu memastikan apa yang kami bayangkan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin dan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pengunjung, rakan kerjasama serta semua yang terlibat,” jelasnya.

Sepanjang festival, pengunjung berpeluang menikmati persembahan muzik, DJ, muzik elektronik, persembahan kebudayaan, seni visual, tekstil, kraftangan, fesyen serta pelbagai produk kreatif tempatan.

Selain menyajikan pengisian hiburan, AKAR//NEXT turut membuka ruang luas kepada penggiat seni, pereka fesyen, usahawan kraf dan pencipta kandungan tempatan untuk mempamerkan karya serta produk mereka.

Penganjur turut mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, jenama korporat serta organisasi kebudayaan bagi menjadikan festival ini sebagai platform tahunan unggul untuk jangka masa panjang.

The post OAG, penyair, indie band gegar AKAR//NEXT 2026 appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow09:00
Latest 09:44 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 08:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

OAG, penyair, indie band gegar AKAR//NEXT 2026
kosmo.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.