
Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya – Siti Nurhaliza
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat (AMT). (Utusan Malaysia, 10:30)
Read the reporting
1 report
Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya – Siti Nurhaliza
PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat (AMT).
Menurut Siti, dia tidak tahu bahawa dia dan ahli keluarganya tercalon dalam kategori tersebut sebelum sebulat suara dengan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K untuk tidak bertanding dalam program itu.
“Assalamualaikum semua peminatku tersayang.. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ini.
“Saya tidak tahu tercalon. Maaf sebab hendak beritahu, suami dan saya ambil kata sepakat untuk tarik diri dari kategori ini,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Hargai sokongan yang diberikan oleh peminat, penyanyi lagu Kesuma itu bagaimanapun memohon agar orang ramai tidak perlu berhabis tenaga untuk mengundi mereka.
“Peminat tidak perlu undi saya tau. Saya sangat hargai usaha kalian semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dari warganet menerusi ruangan komen, selain akur dengan keputusan penyanyi tersohor tanah air itu.
Terdahulu, Siti dan keluarganya tersenarai dalam Top 10 bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat yang turut mempertandingkan keluarga Datuk Yusof Haslam, Ain Edruce, Maembong, Rozita Che Wan, Noor Kartini, Durian Kimchi, Datuk Seri Aliff Syukri, Syamel dan Datin Intan Najuwa.
The post Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya – Siti Nurhaliza appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.