
Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA BHARU: Guru wanita yang merempuh dua pelajar Tingkatan Satu, termasuk seorang daripadanya maut, dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, April lalu dijangka didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok. (Berita Harian, 11:24)
Read the reporting
1 reportRempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok
KOTA BHARU: Guru wanita yang merempuh dua pelajar Tingkatan Satu, termasuk seorang daripadanya maut, dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, April lalu dijangka didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok.
Guru berusia 57 tahun itu akan didakwa dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi mengesahkan guru wanita itu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu.
"Guru berkenaan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan menyebabkan kecederaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan dipandu guru wanita di hadapan surau SMK Tanjung Mas pada 12 April lalu.
Siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum merempuh dua pelajar perempuan berkenaan.
Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.