
One Silver House Cafe pusat sehenti pelbagai menu makanan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEORANG usahawan muda daripada Sungai Burung, Balik Pulau mengambil langkah berani apabila menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) dengan membuka sebuah restoran unik yang dinamakan sebagai One Silver House Cafe, hujung tahun lalu. (Utusan Malaysia, 16:50)
Read the reporting
1 report
One Silver House Cafe pusat sehenti pelbagai menu makanan
SEORANG usahawan muda daripada Sungai Burung, Balik Pulau mengambil langkah berani apabila menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) dengan membuka sebuah restoran unik yang dinamakan sebagai One Silver House Cafe, hujung tahun lalu.
Pemiliknya, Muhammad Shazwan Muhammad Ghazali, 34, berkata, idea untuk membuka restoran itu tercetus daripada pengalamannya bekerja dalam syarikat katering sebelum beliau beralih kepada perniagaan barangan runcit tidak lama kemudian.
“Ketika dalam bidang katering, saya belajar mengenai masakan, resipi, hiasan dan pelbagai perkara berkaitan makanan. Kemudian, selepas berhenti daripada bidang katering, saya masuk pula dalam perniagaan barangan runcit sebelum membuka cawangan sendiri,” katanya kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.
Shazwan berkata, selain menjual barangan runcit, beliau turut menjalankan perniagaan borong dengan membekalkan barangan kepada kedai, restoran dan kilang ketika ini.
Katanya, bermula daripada situ, timbul idea untuk membuka restoran sendiri dan menggunakan bekalan yang diuruskan menerusi perniagaan borongnya untuk kegunaan kafe berkenaan.
“Dalam kepala saya ketika itu, kenapa tidak saya buka restoran sendiri dan pada masa sama membekalkan keperluan restoran itu sendiri? Soalnya.
Bagi menarik pelanggan dengan selera berbeza, Shazwan berkata, One Silver House Cafe Yang terletak di Kampung Sungai Burung itu mengetengahkan konsep hidangan pelbagai pilihan, seolah-olah satu lokasi untuk menikmati pelbagai jenis makanan dalam satu kunjungan.
“Antara pilihan yang ditawarkan termasuk masakan Thailand, masakan panas, makanan Barat, pasta, kopi barista, sate, burger, coconut shake, waffle, chicken popcorn dan ais krim. Namun, antara menu yang menjadi tarikan utama adalah kelapa tomyam, yang disediakan menggunakan buah kelapa bersama air dan isinya,” katanya.
Beliau berkata, keistimewaan hidangan itu terletak pada kuah tomyam yang menggunakan air kelapa, selain dilengkapi dengan pelbagai makanan laut yang dimasukkan ke dalam buah kelapa.
“Bukan itu sahaja, kelapa yang digunakan di kafe berkenaan turut diambil segar dari kebun kelapa yang terletak di belakang premis. Kelapa berkenaan diambil dari kebun pada setiap petang bagi memastikan bahan yang digunakan dalam minuman dan makanan berada dalam keadaan segar.
“Kita ambil kelapa dari kebun setiap petang. Kalau kita tempah dengan lori, biasanya kelapa sudah beberapa hari dan kesegarannya tidak sama. Jadi, kita mahu gunakan kelapa yang betul-betul segar,” katanya.
Shazwan berkata, bagi memastikan cita rasa setiap hidangan menepati jenis masakan, dia turut mengambil pendekatan menggunakan tukang masak mengikut kepakaran masing-masing seperti masakan Thai disediakan oleh tukang masak dari Thailand dan sebagainya.
Sementara itu, beliau memberitahu, restorannya turut mengambil inisiatif untuk mengenalkan harga makanan yang lebih mesra poket pada hidangan serendah RM5, terutamanya bagi pelanggan yang bimbang dikenakan harga yang tinggi.
Pendekatan itu, katanya, bagi memastikan pelajar atau pelanggan yang mempunyai bajet terhad juga boleh menikmati makanan di kafe berkenaan tanpa perlu berbelanja besar.
“Pada masa sama, hidangan paling mahal di restoran kami ketika ini adalah set lamb chop yang berharga RM25. Set berkenaan hadir bersama dua keping lamb chop, coleslaw, kentang goreng serta kuah lada hitam.
“Jadi, dengan pilihan harga daripada sekitar RM5 hingga RM25, pelanggan boleh memilih hidangan mengikut selera dan kemampuan masing-masing,” ujar Shazwan.
Beliau berkata, One Silver House Cafe beroperasi setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam dengan waktu operasi lebih tertumpu kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan makan malam.
Bagi Shazwan, fokusnya ketika ini bukan untuk membuka cawangan baharu, sebaliknya memperkemaskan lagi menu dan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Beliau turut merancang memperkenalkan menu vegetarian pada Oktober ini sebagai tambahan kepada pilihan sedia ada walaupun menu vegetarian itu belum mendapat permintaan khusus daripada pelanggan.
Shazwan berkata, dia sudah melakukan ujian terhadap hidangan berkenaan dan yakin rasanya mampu diterima bukan sahaja oleh golongan vegetarian.- UTUSAN
The post One Silver House Cafe pusat sehenti pelbagai menu makanan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.