
Orang ramai sokong program pemulihan pesalah jalan raya tegar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Orang ramai sokong program pemulihan pesalah jalan raya tegar (Harian Metro, 15:45)
Read the reporting
1 report
Orang ramai sokong program pemulihan pesalah jalan raya tegar
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Orang ramai menyambut baik program pemulihan dan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan kepada pesalah jalan raya tegar yang dicadangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, semalam.
Tinjauan Harian Metro di ibu kota mendapati majoriti pengguna jalan raya gembira dan bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Pengurus pasukan e-sukan, Muhammad Akbar Firdaus Norhaizam, 22, berkata, program seperti itu dapat mengurangkan lagi aktiviti lumba haram serta merempit.
"Sekarang, kalau mereka kena tangkap akibat lumba haram, esok lusa mereka akan tetap berlumba semula.
"Tapi dengan adanya program seperti ini, kebarangkalian pesalah mengulangi kesalahan dapat dikurangkan kerana takut dikenakan hukuman berat seperti lesen digantung, saman, atau penyitaan kenderaan," katanya kepada Harian Metro.
Akbar Firdaus berharap program itu juga boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pengguna jalan raya untuk berhemah semasa memandu.
"Saya berharap dengan adanya program ini, semua akan bawa secara berhemah. Ingat kepada orang tersayang yang berada di rumah," katanya.
Selain itu, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nur Hani Zakirah Mohd Hafiz, 22, berkata, program ini sedikit sebanyak dapat memastikan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa memandu secara berhemah.
"Disebabkan program ini tidak hanya ditujukan kepada mereka yang berlumba haram sahaja, pengguna jalan raya lain juga perlu memandu dalam keadaan yang berhemah.
"Program ini akan dapat mengurangkan kesalahan yang kerap dilakukan seperti melanggar lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya.
Sementara itu, pegawai bank, Mohd Zaini Mohd Zainon, 54, berharap supaya program ini dilakukan secepat mungkin dan secara adil tidak kira siapa yang melakukan kesalahan.
"Pihak berkuasa perlu melaksanakan program ini secepat mungkin dan tanpa pilih kasih.
"Mereka yang didapati bersalah perlu dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tidak kira siapa mereka," katanya.
Terdahulu media melaporkan pesalah jalan raya tegar termasuk golongan yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dicadang mengikuti program pemulihan selain dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, pendekatan pemulihan boleh dipertimbangkan sebagai langkah ketiga selepas penguatkuasaan dan pencegahan, sekiranya kedua-dua pendekatan berkenaan dilihat kurang berkesan dalam menangani masalah itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.